“Syukur PadaMu Untuk Anugerah Ini,”- Hampir 7 Tahun Tunggu, Danny Akhirnya Dapat Rezeki Umum Bakal Timang Cahaya Mata!

Share

Pelakon dan bekas ahli kumpulan X-Factor, Danny mengumumkan isterinya kini sedang hamil lima bulan.

Menurut Danny atau nama sebenarnya Danie Anwa, dia mengetahui isterinya itu hamil sejak Julai yang lalu namun hanya kini, baru dia memutuskan untuk berkongsi berita baik itu bersama peminat.

Berita baik itu telah dikongsikan oleh Danny menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya.

“Hari ni dipagi-pagi ini ambo nak kongsi berita gembira tuk semua kenalan/sahabat semua. Video ni date 5 Julai 2018, now dah usia 5 Bulan kandungan my wife.

“Esok nak pergi scan detail. Doakan yg terbaik tuk kami ya. Alhamdullilah Syukur padaMu Ya Allah. Selepas 7 tahun menunggu anugerah ini,” tulisnya.

Tambah Danny, dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana selepas tujuh tahun, akhirnya kini dia dan isterinya berpeluang untuk menimang cahaya mata.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut gembira di atas perkhabaran tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Danny dan pasangannya.

Terdahulu, Danny telah melansungkan perkahwinannya bersama isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria pada tanggal 16 September 2011 di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Danny

IKLAN