“Syukur, Dapat Keputusan Negatif,” – Maklum Bebas Covid-19, Peminat Luah Rasa Syukur Dan Minta Haqiem Rusli ‘Stay Save’

Share

Penyanyi Haqiem Rusli memaklumkan dirinya bebas daripada virus COVID-19.

Sambil menzahirkan rasa syukur, dia Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli  turut berkongsi sebuah video ketika menjalani ujian saringan  menerusi Instgaram.

“Syukur, pagi ni dapat keputusan negatif,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan pada Jumaat lalu, Haqiem tampil melakukan ujian saringan virus berkenaan selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada pengurusnya yang disahkan positif.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan peminat turut menyatakan rasa syukur dan meminta bintang berusia 23 tahun itu untuk jaga diri.

Sehingga kini, video tersebut mendapat hampir 130,000 kali tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

Foto: Instagram Haqiem Rusli

IKLAN