“Syukur Alhamdulillah…,” – Solat Tarawih Bersama Keluarga Bakal Mentua Elisya, Fasha Sandha Terima Pujian Peminat

Share

Pelakon, Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping foto setelah selesai menunaikan solat sunat tarawih bersama bakal keluarga mentua Elisya Sandha.

Di samping menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga pengarah dan penerbit Sheila Rusly, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan turut serta berbuka puasa bersama.

“Syukur Alhamdulillah untuk hari ini

Terima kasih @jinggo_jspictures @sheilarusly_jspictures dan Family diatas jemputan berbuka dan masakkan kami sekeluarga. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap hubungan baik Fasha bersama keluarga Sheila.

Sekadar informasi, Elisya telah mengikat tali pertunangan bersama anak sulung kepada Sheila iaitu Uzair Haqimy pada 31 Januari lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN