Pengacara, Dayah Bakar mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama di akaun Instagram.
Berita gembira itu dipanjangkan bekas pengacara 3R ini menerusi satu status di Instagram miliknya baru-baru ini.
“Bismillahirrahmanirrahim. We’ve been keeping this for awhile, but I think it’s time to share this happy news with all of you.
“We’re expecting our little miracle soon, in sha Allah. Little DayaHanif is growing inside me,” tulisnya.
Ads
Dayah pada masa meminta ramai agar mendoakan kesihatan serta kekuatan buat diri dan bayi yang dikandung.
“Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan, kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya.
Ads
“Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi. Have faith, in sha Allah,” titipnya.
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi ‘kegilaan’ yang pernah dilakukan dalam hidup iaitu bersolek dan mempromosi produk miliknya sewaktu ingin melahirkan anak.
Menerusi foto tersebut, ibu kepada dua anak itu dilihat lengkap berpakaian biru hospital dan sedang dalam proses melahirkan anak dengan cara pembedahan.
Apa yang menarik, isteri Shaheizy Sam itu dengan yakin mengenakan gincu dengan paparan produk di tepi kepala.
“Ni moment paling gila yg tilla pernah buat dlm hidup!!!!!!dlm oT room beranakkan sarima!!
“Jom share dgn tilla apa BENDA YANG PALING GILA hampa pernah buat dlm hidup! Tilla nk baca satu2.
Nadiya Nisaa ada menjelaskan, susunan Allah SWt dalam mengatur perjalanan kerjayanya sebagai pelakon telah memenuhi keperluan hakiki dalam kehidupan.
Kongsinya, sebelum ini dia terlalu sibuk mengejar cita-cita untuk menjadi pelakon berkaliber namun sering kali alpa hubungan dengan Sang Pencipta.
Namun benarlah, perancangan Allah ialah yang terbaik untuk hamba-Nya. Jelas Nadiya, dramaAdam Dan Hawa telah membawa dia merasai pengalaman pertama menunaikan umrah, menjejakkan kaki di hadapan Kaabah dan bersujud di Raudhah.
“Little that I know, susunan Allah swt terhadap perjalanan kerjaya tu selalu seiring dengan keperluan hakiki.
“Yes my passion is acting. During my earlier years its all about how I want to become a good actor, nak berlakon dengan pengarah tersohor, nak berlakon dengan pelakon yang berkaliber.
“Tapi saya lupa hubungan dengan Sang Pencipta. Bahawa bakat ini dari Dia, ilham itu dari Dia.
“Lalu Dia utuskan Ain Hawani untuk bawa saya rasai pengalaman pertama melakukan umrah, menjejakkan kaki di depan Kaabah, bersujud di Raudhah, merasai kasih sayang Adam dan Hawa di Jabal Rahmah.
“Begitu Allah itu Maha Mengetahui. Begitu banyak ilham yang Dia tiupkan kepada saya sepanjang berada di sana. Alhamdulillah. And the rest is history.
“Thank you @isma.nilz for this beautifully captured moment #AdamdanHawa,” kongsinya.
Drama Adam Dan Hawa mengisahkan Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz). Kedua-duanya dipaksa berkahwin bagi menjaga nama baik keluarga.
Ditakdirkan Ain berjaya melanjutkan pengajian dan kedua-duanya terpisah sehingga lapan tahun dan kemudian bertemu semula di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah.
Foto : Instagram Nadiya Nisaa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...