“Syukur Alhamdulillah Bayi Perempuan Kami…,” – Raja Ilya Selamat Sambut Anak Sulung

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Raja Ilya yang selamat menyambut kelahiran anak pertamanya, pada Jumaat, 1 Julai.

Sambil memanjatkan kesyukuran, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menyifatkan pengalaman yang dilalui adalah sesuatu yang begitu memberi makna.

Ilya berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram.

“Syukur alhamdulillah our baby girl is here. If you had of said to me I’ll be pregnant in 3 years I would have laughed.

“Today I experienced a miracle, a magical moment, the birth of my baby girl Talita Love. There were tears, I’m still in shock,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa baik-baik yang dititipkan.

“Thank you for all your love, support and doa, it’s greatly felt. Tak sabar nak balik MALAYSIA awal tahun depan dengan baby, Wait for us okay,” kongsinya.

Menerusi perkongsian sama, bintang filem KL Vampires ini turut membuka akaun Instagram anak sulung @talitalovegatrett.

“Follow her @talitalovegarrett Instagram account for more updates & fun, insyaAllah,” tulis Ilya lagi.

Terdahulu, bintang cantik itu mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga Australia, Trent Garrett pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19 sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN