Syida Melvin Umum Hamil Anak Pertama, “Kali Ini Perut Memang Dah Tak Boleh Sorok Lagi, Sebab Dah Besar.”

Share

Pelakon baru yang juga adik kepada Syatilla, Syida Melvin mendedahkan dirinya kini hamil lima bulan.

Menurut Syida yang mesra dipanggil Cda menerusi Instagram, dia kini tidak mampu berahsia lagi kerana perutnya  yang kian membesar.

Pada masa sama, bintang ini turut meminta doa ramai agar mendoakan kandungannya dipermudahkan.

“MashaAllah MashaAllah. Bismillahirahmanirahim.. we are finally ready to share this good news with everyone. Alhamdulillah, ramai orang dok main teka teki di setiap posting cda, setiap story cda.

“Asyik tanya ‘Eh Syida pregnant ke? Eh tu macam baby bump jeee’ hahaha! Powerrrr lah hampa ni. Kalini perut memang dah tak boleh sorok lagi dah sebab dah besaq.

“Alhamdulillah cda takdak morning sickness, cuma alah bau bauan macam perfume & benda2 wangi jalaaaa (5bulan dah tak pakai perfume). Cda mintak hampa doakan semuanya selamat okay? Nanti cda share lagi ini baby boy or girl,” tulisnya panjang lebar.

Serentak dengan pengumuman tersebut, ruangan komen pada entri berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat termasuk rakan selebriti.

Syida dan suaminya yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berkahwin pada 19 Januari lalu.

Foto: Instagram Syida Melvin

IKLAN