“Harini, setelah 1 tahun 7 bulan lepas kelahiran anak sulungku @safasafeera kami kembali ke tempat bersejarah ni. Tak tau kenapa masuk2 ja hospital tadi utk checkup, terus rasa sejuk kaki tangan.
“Sebab teringatkan moment beranak last year Feb20. Whatever it is, itulah moment yg paling Cda rindu & suka sangat. Kalini Cda buat checkup dgn Doc @drimeldabalchin sama macam dekat Pia dulu.
“Hampa tolong doakan semua nya berjalan lancar ok? #26weekspregnancy,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikutnya turut menzahirkan dedikasi tahniah dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsi foto imbasan (ultrabunyi) 3D di Insta Stories dengan kapsyen ‘3 months to go! Assalamualaikum Baby Adik.’
Imbas kembali, Syida mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 32, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid pada Januari 2019.
Anak perempuan sulung mereka, sulung, Safa Safeera pada 20 Februari 2020.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wow! Siri Original Netflix ‘Squid Game’ kini menjadi drama Korea pertama yang menduduki tangga teratas dalam carta kedudukan Netflix di Amerika Syarikat.
Menurut Allkpop, pada 21 September, ‘Squid Game’ telah menduduki tangga pertama dalam carta ‘Top 10 in the U.S. Today’.
Sementara siri ‘Sex Education’ pulakedua diduduki oleh siri ‘Sex Education’ dan ketiga diduduki ‘Clickbait’.
Terdahulu, rekod tertinggi telah dipegang siri Netflix Korea sebelumnya, ‘Sweet Home’, yang menduduki tempat ketiga di Amerika Syarikat pada ketika itu.
‘Squid Game’ mengisahkan mengenai pelbagai permainan survival misteri yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak 45.6 bilion won kepada pemenang.
Namun, para pemain perlu mempertaruhkan nyawa mereka dengan bermain secara bermati-matian dalam permainan tersebut semata-mata untuk menjadi pemenang utama.
Pengarah Hwang Dong Hyuk, yang terkenal dengan filem hitnya ‘The Crucible (Silenced)’ dan filem komedi ‘Miss Granny’, telah mengalas tanggungjawab dalam projek ini.
Pelakon Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Oh Young Soo, Wi Ha Joon, Jung Ho Yeon, Ha Sung Tae, Lee Yoo Mi, dan banyak lagi antara selebriti Korea yang terlibat dalam siri yang kini turut mencipta fenomena termasuk di Malaysia.
Sumber : Allkpop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah menjadi lumrah apabila setiap inci yang dilakukan selebriti terkenal menjadi perhatian netizen, termasuk di media sosial.
Sebagai antara bintang yang pernah menerima kecaman netizen menerusi pelbagai kisah sensasi melibatkan dirinya, penyanyi Aliff Aziz mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
Jelasnya, perkara itu bukan sahaja memberikan impak yang buruk kepada dirinya malah seluruh ahli keluarganya.
“Pada awalnya, rasa agak teruk kerana ia melibatkan keluarga. Bagi saya, ini merupakan langkah-langkah pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang kita dipantau netizen namun bukan semua netizen begitu
“Saya rasa paling teruk apabila keluarga saya turut dikecam. Selepas itu, saya mula terfikir walau macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong.Tiada orang yang sempurna.
“Sebenarnya saya juga tidak boleh kawal juga awal-awal dikecam tetapi lama-kelamaan saya fikir kenapa nak seksa diri saya dengan nak puaskan hati semua orang. Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sayang-Sayang ini turut berkongsi bagaimana dirinya menangani perkara tersebut yang diadakan secara siaran langsung di platform Instagram NURFLIX untuk membincangkan topik ‘Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi?’ bersama wargamaya, pada Khamis lalu.
Untuk saya, saya balas komen dengan sebaik mungkin serta doakan mereka yang ada lebih masa utk komen. Kebanyakannya Alhamdulillah bagi komen yang okey.
“Dulu ya, sampai saya tutup ruangan komen sebab tidak tahan. Bila fikir balik,apabila kita mendoakan setelah dia komen pada kita, mereka akan berhenti komen di situ,” katanya lagi.
Foto: Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jalinan kerjasama di antara syarikat produksi, Zebra Studio Sdn. Bhd dan Tremendous Entertainment menyaksikan satu sisi positif buat industri perfileman tempatan.
Ini kerana, dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.
Menurut Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim, usaha tersebut setidak-tidaknya mampu mengembalikan kerancakan industri perfileman lokal yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang Pentas dan Media. Dengan kekurangan kandungan hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.
“Penghasilan filem-filem dengan kerjasama bersama Zebra Studio ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membuat filem-filem ini dengan niat untuk mempamerkannya kepada dunia, kerana kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
Sementara itu, Pengasas yang juga Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.
“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.
“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” jelasnya.
Difahamkan, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor serta empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Di samping itu, beliau menyatakan tiga filem tempatan berbahasa Inggeris turut akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India serta beberapa buah negara lain.
“Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021,” katanya.
Diketuai oleh Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX.
Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.