Ads

Syatilla Melvin Umum Hamil Anak Kedua Di IG, Anggap Hadiah Hari Jadi Buat Shaheizy Sam

Bekas peserta Dewi Remaja yang kini bergelar pelakion, Syatilla Melvin kini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua selepas mengalami keguguran, bulan lalu.

Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla memaklumkan khabar gembira itu kepada para peminatnya menerusi Instagram, beberapa jam lalu. Isteri kepada aktor versatil, Shaheizy Sam ini turut berkongsi, rezekinya tidak putus dariNya dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sebelum ini.

Ads

“Alhamdulillah tak putus rezeki allah bagi.ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin allah nk bgi birthday present kt baby besaq ni?besday besday laki ku. Sama2 doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tgok donia nnti.amin ya rab,” tulisnya.

Ads

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan selebritini dikurniakan seorang anak lelaki, Syeriv Samheiz yang dilahirkan pada 9 Mei tahun lalu.

Ads

Foto: IG Syatilla Melvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.