Syatilla Melvin Rakam Foto Sama Neelofa, “Banyak Yang Dah Berubah Dan Merubah.” Terkenang Zaman Dewi Remaja 9 Tahun Lalu

Share

Pelakon Syatilla Melvin, ada berkongsi foto bersama rakan lama, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.

Umum sedia maklum, mereka berdua pernah bersaing dalam Pencarian Dewi Remaja kira-kira 9 tahun lalu dan masing-masing kini sudah pun berjaya dalam kerjaya seni.

“Sama-sama atas platfrom Dewi Remaja, banyak yang dah berubah dan merubah.

“Thank you support aku beb,” tulis ibu kepada dua beranak ini.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama throwback mengenai pertandingan edisi tersebut yang turut menampilkan beberapa finalis yang kini turut mencipta nama dalam seni.

Antaranya Izara Aishah, Anzalna dan Azar Azmi.

Neelofa diumumkan sebagai juara menerusi pertandingan tersebut.

Foto: Instagram Syatilla Melvin

IKLAN