Penyanyi popular Indonesia, Syahrini berkongsi kepada umum yang dia sudah selamat melahirkan anak sulungnya pada Khamis, 1 Ogos 2024.
Menjadikan kelahiran itu lebih manis, tanggal 1 Ogos juga merupakan hari jadi penyanyi yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, isteri kepada Reino Barack itu menyatakan bahawa anak sulungnya itu yang digelar Princess R dilahirkan di Singapura.
“MasyaAllah, Bismillahirrahmanirrahim. Singapura,1 Ogos 2024. Menyambut kehadiran si kecil berharga kami pada hari jadi saya,” tulisnya ringkas.
Ads
Manakala di dalam satu hantaran terbaru di Instagram pula, pemilik nama penuh Rini Fatimah Zaelani itu memanjatkan rasa kesyukuran atas kelahiran cahaya matanya itu.
“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.
Ads
“Penantian panjang yang berhujung indah, pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinmu.
Ads
“Terima kasih untuk suamiku yang luarbiasa memanjakan dan sentiasa siap mendampingi. Selamat datang ke dunia ayah imam terbaik Reino Barack,” tulis Syahrini panjang.
Syahrini yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Reino Barack, 40, pada tahun 2019. Perkahwinan mereka lima tahun lalu dilangsungkan di Masjid Tokyo Camii yang merupakan masjid terbesar di Tokyo.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 65, bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat pelaburan yang didakwa gagal membayar dividen selain memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.
Jamal memberitahu dia juga sudah melantik peguam bagi menuntut hak yang sepatutnya.
“Sekarang ini saya sudah lantik peguam.Peguam pun sudah membuat semakan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan bukti telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Sebenarnya kes itu saya tak boleh hurai lanjut. Cuma apa yang boleh katakan ialah, saya ada buat pelaburan, tapi sebelum itu saya sudah periksa dekat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara. Memang ada syarikat itu.
“Awalnya saya melabur RM1 juta dan mendapat pulangan sebanyak 12 peratus setahun. Selepas itu saya masuk lagi RM1 juta jadi RM2 juta.
“Tempoh matang lima tahun tetapi malangnya tahun ketiga itu dia (syarikat pelaburan) sudah tidak bagi dah. Pelbagai alasan diberikan termasuktidak dapat memberi pulangan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika penularan wabak COVID-19),” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Azura itu difahamkan, syarikat berkenaan bukanlah ‘scammer’.
“Untuk keselamatan, saya pasang peguam untuk saman mereka. Bukan saya sahaja terkena, ramai juga pihak lain terlibat.
“Ini bukan scam sebab syarikat itu memang wujud dan masih berjalan. Sekarang semuanya dalam proses, pihak sana juga berhubung melalui peguam saya. Zaman sekarang ini mahu buat apa-apa kena berhati-hati,” dakwanya lagi.
Terdahulu, pada awal 2018, Jamal Abdillah diperkenalkan oleh seorang ejen kepada satu skim pelaburan dan dijanjikan pulangan 12 peratus setahun.
Antara 2018 sehingga 2020, Jamal membuat empat kali pelaburan dengan melaburkan sejumlah RM2 juta dalam syarikat berkenaan.
Namun, katanya, sehingga hari ini, syarikat pelaburan berkenaan gagal membuat pembayaran dividen bagi pendapatan tahunan secara menyeluruh dan secara langsung sudah melanggar perjanjian dan terma yang sudah dipersetujui.
Sebelum ini juga, Jamal menerima satu memo bertarikh 4 Januari 2023 yang dikeluarkan oleh syarikat pelaburan menyatakan sudah tiada keupayaan membayar pulangan sasaran tahunan pelaburan kerana keuntungan syarikat terjejas disebabkan penularan COVID-19.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Amir Jahari berpendapat para ibu bapa perlu lebih mendalami ilmu berkaitan keibubapaan demi mengharungi zaman yang sangat mencabar dalam mendidik anak-anak.
Ia susulan selepas ramai golongan remaja semasa yang gemar membuat keputusan sendiri sehingga ada yang bertindak keterlaluan sehingga meragut nyawa dek kerana tekanan daripada sekeliling.
Menurut Amir, antara faktor yang mendorang masalah ini adalah disebabkan kurang ilmu agama.
“Situasi ini sangat bahaya buat generasi baharu. Zaman ini, agama Islam itu hanya sekadar di kad pengenalan sahaja. Belajar di sekolah pun hanya sekadar ilmu pengetahuan tapi tidak amalkan.
“Perkara ini sudah menjadi kerisauan sejak zaman dahulu lagi. Pada saya, hal ini harus berbalik kepada ibu bapa.
“Anak-anak akan ikut sikap ibu tidak kira anak lelaki atau perempuan. Jika ibu mereka okay, in sha Allah anak juga okay. Ibu bapa harus punyai ilmu untuk mendidik anak-anak,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hasrat itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran album ‘Kembali’ di The Flint, Mutiara Damansara pada Rabu.
Katanya lagi, kurang komunikasi dan tekanan tinggi yang diletakkan sejak usia muda membuatkan anak-anak berasa sangat penat untuk menjalani kehidupan.
“Ketika saya di sekolah rendah sehingga sekolah menengah, saya banyak menghafal tapi tak faham pun ilmu tersebut. Malah, saya juga tidak mahu ambil tahu. Pada saya sistem seperti itu ada masalah.
“Itu yang membuatkan anak-anak cuba mencari pintu keluar daripada situasi tersebut. Sehingga ada yang menghilangkan diri.
“Ibu bapa pula letakkan ekspektasi yang tinggi buat anak-anak. Disebabkan itu, mereka jadi lemas. Bila ibu bapa tak tahu cara nak berborak dengan anak, mereka mencari orang lain,” ujarnya.
Pada masa sama, Amir turut merasakan masalah kesihatan mental ini kerap berlaku disebabkan pengunaan media sosial tanpa kawalan.
“Pada saya, masalah kesihatan mental cenderung berlaku disebabkan media sosial. Bila anak-anak membesar, mereka perlukan perhatian.
“Namun, bila ibu bapa hanya tekankan soal pelajaran setiap masa, mereka tiada perhatian itu. Mental mereka menjadi lemah.
“Bila umur sudah mencecah 17 tahun, baru mereka akan tunjuk bahawa masalah kesihatan mental ini ada,” kongsinya lalu.
Lantaran itu, Amir yang sebelum ini pernah berdepan masalah kesihatan mental menggesa orang ramai untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan bantuan.
“Jika ada anak-anak diluar sana yang mempersoalkan tentang kehidupan dan rasa pelik dengan diri sendiri, silah hubungi NGO seperti Befrinders dan MIASA atau pergi sahaja ke hospital.
“Minta pertolongan daripada golongan professional. Anda tidak akan jumpa jawapan di media sosial. Kita hanya boleh mengenal pasti masalah bila jumpa pakar psikatri.
“Mereka yang faham tentang psikologi dan tahu cara mengawalnya,” akhirinya.
Terdahulu, Amir telah pun melancarkan album ketiganya yang berjudul ‘Kembali’.
Album ini mengandungi 15 buah lagu seperti Belansungkawa, Ingin Pulang, Kenangan dan Hasrat AJL 38.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih setahun tidak mengemas kini hantaran terbaharu di paparan Instagram, isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar akhirnya memuat naik perkongsian terkininya menerusi platform sosial itu.
Menerusi foto terkini yang dimuat naik pada Ahad, ia memperlihatkan anak pelakon senior, Kaza itu berberapa keping foto bersama dua ekor kuda yang turut disertakan dengan sepotong video pendek.
“Introducing these beautiful creatures Santana & Jenggo,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang kini sudah menerima hampir 10,000 tanda suka.
Menerusi hantaran berkenaan, beratus reaksi pelbagai turut ditanggalksn warganet di ruang komen. Antaranya;
“Cantik pula Ira Ni! Macam muka Turkish.”
“I bet she is prettier in real life.”
“I memang suka dia dari dulu, sekarang dia bertambah cantik.”
“Ira sekarang I dah tersuka you. Always give a good vibes.”
“Moga sentiasa happy dan berbahagia dengan insan-insan tersayang. Be yourself dear. Happy for you.”
“Semenjak menghilangkan diri, makin cantik dia ni. Moga sihat selalu Ira. Moga berbahagia di samping insan tersayang.
Hasil tinjauan, kali terakhir Ira berkongsi hantaran di Instagram adalah pada 16 Ogos 2023, iaitu foto yang dirakam bersendirian di atas buaian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.