Pelakon Syafiq Kyle ada berkongsi foto bersempena dengan sambutan Hari Raja Haji tahun ini. Meski berkongsi foto berseorangan tanpa ahli keluarga lainnya, namun seperti biasa apa sahaja yang dikongsikan bintang Nur ini akan mendapat perhatian peminat.

Merakam foto yang berlatarbelakangkan surau, Syafiq yang mesra disapa Capik memaklumkan, wajahnya tampak ‘suci’ tatkala keluar dari masjid.

“Biasalaj keluar masjid suci sikif. Selamat Hari Raya Aidil Adha, You guys korban apa tahun ni?,” tulisnya.

IKLAN

Lalu, kapsyen yang dibuat bekas peserta Hero Remaja itu turut mendapat reaksi rakan baik, Ikmal Amry.

Syafiq Kyle Kongsi Foto ‘Wajah Suci’ Sejurus Keluar Masjid, Ikmal Amry Kata “Ye Ye Je”…

IKLAN

“Ye ye je,” seloroh finalis Pencarian Hero Remaja edisi terbaru itu. Malah, ada juga peminat yang turut memberikan pelbagai reaksi terhadap posting yang dibuat Syafiq.

Syafiq Kyle Kongsi Foto ‘Wajah Suci’ Sejurus Keluar Masjid, Ikmal Amry Kata “Ye Ye Je”… Syafiq Kyle Kongsi Foto ‘Wajah Suci’ Sejurus Keluar Masjid, Ikmal Amry Kata “Ye Ye Je”… Syafiq Kyle Kongsi Foto ‘Wajah Suci’ Sejurus Keluar Masjid, Ikmal Amry Kata “Ye Ye Je”…

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang memberi fokus terhadap latihan teater yang bakal dipentaskan 21 Ogos depan.

Turut sama terlibat di dalam pementasan teater fiksyen bangsawan itu ialah Janna Nick, Ozlynn serta suaminya Johan, Afdlin Shauki dan ramai lagi.

Foto: Instagram Syafiq Kyle, Ikmal Amry

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI