Pelakon Syafiq Klye meluahkan rasa terharu atas sokongan peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus memberi sokongan buatnya untuk terus melangkah gagah dalam kerjaya.

Katanya kepada MH, isu kontroversi yang berlaku baru-baru ini memberi ruang buatnya untuk belajar banyak perkara, misalnya dalam sisi hubungan sesama individu.

IKLAN

“Bila benda ini jadi, saya belajar satu perkara. InsyaAllah kalau kita baik dengan orang, pasti orang akan buat baik dengan kita. Malah, ada yang tidak pernah kenal pun masih melayan kita dengan baik. Misalnya ada yang tanya dan mahu tahu perkembangan seterusnya.

 

“Malah sebelum isu ini jadi viral lagi, orang yang bagitahu saya pun bukanlah individu yang saya borak hari-hari,”katanya jujur.

Selain merakamkan rasa terima kasih buat semua, pelakon berusia 26 tahun ini juga turut memberikan dedikasi terhadap rakan seindustri yang tidak putus-putus memberikan nasihat dan kata semangat.

IKLAN

“Ramai yang berikan sokongan. Misalnya Zahirah pun bagi support. Bukan saja dia hubungi tetapi ada juga posting di media sosial. Bahkan artis lain pun sama. Ia berikan suatu vibe yang bagus. 

 

“Bukanlah apa yang saya katakan ini untuk menyatakan ramai yang menyebelahi, tetapi mereka sokong dan mahukan yang penyelesaian terbaik. Berikan nasihat dan sebagainya,” akui Syafiq yang sebelum ini telah pun melakukan sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu yang hangat diperkatakan.

Yang pasti, hero drama popular, Nur ini turut menyerahkan pihak pengurusan untuk bersama-sama dengannya bagi menangani isu terbabit.

IKLAN

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155675535293435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI