“Mereka yang menyamar sebagai pihak bank dan pihak berkuasa meminta saya memasukkan wang ke akaun yang diberikan kerana kononnya saya pernah melakukan kesalahan. Semuanya berlaku dengan pantas kerana ‘lakonan’ mereka menerusi panggilan telefon bimbit yang diterima benar-benar menjadi.

 

“Sungguhpun begitu, saya reda dengan apa yang telah berlaku. Mungkin bukan rezeki saya,” katanya seperti yang dilapor Kosmo Online. 

Difahamkan, hero filem seram, Langsuir itu telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Syafiq turut meminta agar mereka di luar sana lebih berhati-hati  dan tidak mudah terpedaya apabila menerima panggilan yang mencurigakan.

“Saya dapati kes sebegini semakin berleluasa sehingga menyebabkan seseorang itu boleh mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. Justeru, saya berharap agar orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan mencurigakan.

 

Khususnya yang melibatkan perkara yang tidak pernah anda lakukan,” akhiri Syafiq.