Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Syafiq Kyle Buat Laporan Polis Selepas Ditipu Sendikit Penipuan Wang Haram, RM40,000...

Syafiq Kyle Buat Laporan Polis Selepas Ditipu Sendikit Penipuan Wang Haram, RM40,000 Lesap!

Pelakon, Syafiq Kyle dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM40,000 apabila aktor berkenaan menjadi mangsa penipuan sindiket penipuan wang haram pada Sabtu lalu.

Kata pelakon berusia 26 tahun itu, pihak terbabit menyamar sebagai pihak bank dan meminta dirinya untuk memasukkan wang ke suatu akaun kerana didakwa pernah melakukan kesalahan.

IKLAN

“Mereka yang menyamar sebagai pihak bank dan pihak berkuasa meminta saya memasukkan wang ke akaun yang diberikan kerana kononnya saya pernah melakukan kesalahan. Semuanya berlaku dengan pantas kerana ‘lakonan’ mereka menerusi panggilan telefon bimbit yang diterima benar-benar menjadi.

 

“Sungguhpun begitu, saya reda dengan apa yang telah berlaku. Mungkin bukan rezeki saya,” katanya seperti yang dilapor Kosmo Online. 

Difahamkan, hero filem seram, Langsuir itu telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

IKLAN
IKLAN

Sementara itu, Syafiq turut meminta agar mereka di luar sana lebih berhati-hati  dan tidak mudah terpedaya apabila menerima panggilan yang mencurigakan.

“Saya dapati kes sebegini semakin berleluasa sehingga menyebabkan seseorang itu boleh mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. Justeru, saya berharap agar orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan mencurigakan.

 

Khususnya yang melibatkan perkara yang tidak pernah anda lakukan,” akhiri Syafiq.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI