
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.
Menurut Syafinaz, komen yang dilontarkan sebenarnya bertujuan untuk memuji persembahan Nubhan yang berjaya menyampaikan emosi lagu tersebut dengan baik dan berkesan.

“Bila saya menyentuh mengenai sesuatu perkara, saya bukan bercakap kerana nak menghina atau suka-suka. Sudah banyak kali saya perkatakan, bila kita menyanyi, kita cuba untuk menghubungkan kisah kita dengan penceritaan lagu.
“Faktor itu akan memberikan kita ‘nyawa’ ketika menyanyi. Ia seolah-olah kita yang bercerita tentang diri kita sendiri.
“Saya sebenarnya ingin memberikan pujian kepada Nubhan kerana dia dapat menyampaikan lagu itu dengan baik.
“Emosi dia bercantum dengan lagu itu. Sebab itu saya bertanya adakah persembahan ini berkait rapat dengan kisah sebenar. Saya rasa pertanyaan saya itu bukanlah satu masalah,” katanya kepada MH.
Syafinaz berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ketujuh GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Berdepan Realiti Kehidupan
Dalam masa sama, Syafinaz turut menyeru semua pihak agar tidak terlalu sensitif dan lebih bersedia untuk berdepan dengan realiti kehidupan sebenar.

“Pada saya, manusia zaman sekarang janganlah terlalu sensitif. Jika kita terlalu sensitif, kita akan jadi ‘strawberry’ seperti anak-anak muda di zaman sekarang.
“Hidup ini memang sukar. Anda memang perlu berdepan dengan realiti. Selagi kita merasakan semua benda tak boleh dan tak betul, memang susahlah kita nak hidup.
“Saya sudah hidup selama 52 tahun. Macam-macam perkara yang sudah saya lalui. Jika saya merasakan setiap komen itu negatif, menjatuhkan atau memalukan, memang agak susah untuk kita bekerja,” kongsinya lagi.
Penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini turut menegaskan setiap komen atau input yang diberikan para juri adalah ilmu berharga yang boleh dimanfaatkan oleh para peserta.

“Jika saya berikan pandangan, saya akan selitkan sekali dengan nasihat dan input untuk memperbaiki persembahan pada masa yang sama.
“Segalanya berbalik kepada setiap peserta sama ada dia ingin menerima atau tidak. Matlamat utama saya adalah untuk memastikan penyanyi itu berada di dalam keadaan paling selesa untuk menghasilkan suara yang terbaik.
“Saya hanya kongsikan ilmu yang saya miliki. Pada akhirnya, yang dapat manfaat itu adalah peserta itu sendiri. Juri hanya berikan maklum balas dan aura positif. Saya tahu betapa sukarnya bertanding di program seperti ini.
“Bila saya memberikan sesuatu ilmu, penyanyi itu dikira bertuah. Ilmu dan muzik adalah sangat mahal,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




