“Syafakallah Anakku billy…,” – Anak Kedua Lana Nodin Dijangka Akan Dibedah Hari Ini, Peminat Titip Doa

Share

Anak bongsu kepada pelakon, Mazlina Hasan Nodin atau lebih mesra disapa Lana, William Daud Mckienzie dijangka akan menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana menghidap masalah injap (Aortic Stenosis).

Malah, Lana seperti yang dilaporkan media sebelum ini Lana seperti yang dipetik menjelaskan, masalah yang dialami anaknya yang berusia tiga bulan ini adalah berkaitan dengan injap aorta yang sempit dan akan secara tidak langsung akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.

“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.

“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya sepeti yang dipetik Harian Metro.

Sementara itu, awal malam tadi bintang tersebut turut memberi dedikasi dan harapan buat anak kesayangannya itu menerusi Instagram.

“Syafakallah anakku billy… Insyallah mommy, daddy, kakak gia and everyone will pray for u… And tq to all yg doakan utk anak i esok… Semoga Allah Swt be with us,aminnn,” tulisnya.

Serentak dengan posting video itu, rata-rata netizen mendoakan akan segalanya akan dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta agar Lana terus kuat dan tabah.

Foto: Instagram Lana Nodin

IKLAN