“Syabas TV3 Terutamanya Krew M3,” – Liputan Khas Kita Masih Belum Menang Di Majalah 3 Jentik Jiwa Semua Orang

Share

Program Majalah 3 yang bersiaran pada Isnin lalu nyata menjentik jiwa ramai, apatah lagi ia memaparkan mengenai situasi pandemik Covid-19 di negara ketika ini yang membawa kepada komitmen para petugas barisan hadapan yang berjuang menyelamatkan nyawa pesakit.

Menerusi paparan khas Kita Masih Belum Menang yang disiarkan secara eksklusif di TV3 itu, dokumentari selama kira-kira 1 jam antara lain merangkumi bagaimana keadaan sebenar pesakit di atas katil wad ICU.

Pada masa sama, turut diperincikan mengenai keadaan pesakit kategori 1 hingga 3 yang dirawat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) serta apa perasaan para petugas KKM di di dalam mengendalikan tugasan merawat pesakit COVID-19 ini sejak setahun lalu.

Liputan rawatan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, turut disajikan kepada penonton.

Dikongsikan kembali menerusi YouTube TV3 Malaysia, program tersebut yang sudah pun menerima hampir 80,000 tontonan itu turut mendapat reaksi pelbagai warganet.

Rata-ratanya mengucapkan syabas atas paparan yang dibawakan selain turut memuji kecekapan serta fokus yang diberikan para petugas barisan hadapan di dalam melaksanakan tanggungjawab.

Tidak kurang, ada yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan dengan wavak berbahaya ini.

Ikuti dokumentari penuhnya di sini;

IKLAN