Rasanya ramai dah tahu bahawa cinta antara penyanyi Selena Gomez dan Justin Bieber berputik kembali.

Namun begitu,tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua mereka yang mengatakan pasangan tersebut sudah kembali bersama.

‘Sweet’ Sangat Ucapan Hari Lahir Selena Gomez Buat Justin Bieber

Bagaimanapun, melalui gerak badan dan cara mereka yang kini asyik berkepit seperti belangkas, sudah memberikan jawapan buat peminat.

‘Sweet’ Sangat Ucapan Hari Lahir Selena Gomez Buat Justin Bieber

IKLAN

Baru-baru ini, Bieber menyambut hari lahirnya yang ke-24 pada 1 Mac lalu dan apa yang menarik perhatian peminat adalah ucapan hari lahir Gomez buat penyanyi lagu ‘Baby’ itu memang sangat ‘sweet’.

“March 1,1994. Seseorang yang saya kenali yang juga sangat cool lahir. Boom,”tulisnya.

March 1, 1994 someone I know that happens to be super cool was born. Boom.

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

IKLAN

Wow! Tentu ucapan Gomez itu sememangnya dinanti oleh Bieber kan?

Dalam pada itu, MH juga dapat maklumay bahawa pasangan tersebut pergi bercuti ke Jamaica baru-baru ini untuk menghadiri majlis perkahwinan bapa Bieber.

‘Sweet’ Sangat Ucapan Hari Lahir Selena Gomez Buat Justin Bieber

IKLAN

Kalau dah hingga menghadiri majlis kahwin ahli keluarga, tentunya hubungan mereka ini serius kan?

Terdapat sumber memberitahu bahawa hubungan mereka kali ini kelihatan berbeza berbanding sebelumnya.

“Justin kini lebih ‘caring’ mengenai perasaan Selena. Dia juga tampil matang membuatkan hubungan kali ini sangat lain,”kata sumber tersebut.

Wah, bestnya Selena ada seseorang yang begitu mengambil berat mengenai dirinya. Apa-apa pun,all the best!

Sumber: Enews!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI