Bakal terikat dengan komitmen kerja selama empat bulan tanpa cuti, pelakon Remy Ishak mengambil langkah meraikan lebih awal sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, usahawan Ezza Yusof.
Yang lebih manis lagi apabila aktor itu membawa isterinya bercuti ke Perak dan menjamu selera di sebuah restoran dalam gua yang menjadi tarikan pelancong di negeri tersebut.
“Percutian yang tidak dirancang ke Perak serta sambutan awal birthday dinner.
“Alhamdulillah, thank you suamiku, semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah SWT. Amin.
Ads
“Celebrate awal sebab lepas ni suami nak start kerja empat bulan tak cuti, tak mengapa demi mencari rezeki,” kongsi Ezza menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Walaupun belum sembuh sepenuhnya, pelakon, Fasha Sandha tetap bertegas untuk meneruskan baki penggambaran bagi drama Anak Tuan supaya tidak tertangguh terlalu lama.
Menurut Fasha, dia tidak mahu kecederaannya itu menjadi punca para pelakon dan kru-kru di belakang tabir lambat menerima baki pembayaran.
“Ketika pihak produksi memberi jadual untuk menyambung semula baki penggambaran lagi empat hari, suami saya agak berat hati juga nak izinkan. Keluarga juga risau nak sebab saya belum sembuh sepenuhnya.
“Namun, saya terfikir, kalau saya tak selesaikan tugasan ini, kru-kru dan seluruh pasukan produksi tidak akan dapat bayaran.
“Jadi, tak mengapalah kalau saya bersusah payah sedikit asalkan tak menyekat rezeki orang lain. Saya selalu berfikir, kalau kita mudahkan rezeki orang, InsyaAllah rezeki kita juga akan murah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini mendedahkan dirinya tidak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
“Sejak daripada kejadian tersebut, saya asyik fikirkan mengenai shooting. Sepanjang 20 tahun bergelar anak seni, tidak pernah sekali pun sesi penggambaran tertangguh sebab saya.
“Saya tak pernah buat orang lain menunggu. Namun, benda dah jadi. Saya pun tak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana saya percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, meskipun ada perancangan untuk menangguhkan tarikh tayangan, namun dia tetap memikirkan nasib orang lain berbanding dirinya sendiri.
“Pihak penerbit ada merancang untuk untuk meminta pihak stesen tv menangguhkan dahulu tarikh tayangan tapi saya tak sampai hati.
“Kalau saya pilih untuk tangguh, macam mana kru-kru nak dapat baki bayaran lagi 50 peratus.
“Saya memang akan selalu fikirkan orang lain dulu berbanding diri saya. Masa hari kejadian tu pun, saya minta untuk meneruskan penggambaran tapi pengarah tak izinkan sebab keadaan mata sudah tidak sama dengan babak sebelumnya.
“Saya jadi macam tu sebab nak habiskan penggambaran dengan segera supaya tak menyusahkan banyak pihak,” akhirnya.
Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran drama Anak Tuan bersama pelakon, Azhan Rani.
“Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Dalam pada itu, drama arahan, Along Kamaludin itu bakal ditayangkan mengikut jadual pada Syawal ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Figura pelakon Zara Zya yang memaparkan dirinya sedang disarungkan cincin serta mengenakan sepersalinan rona putih Ahad lalu telah menarik perhatian ramai pihak.
Ada peminat yang mendakwa, bintang berkenaan selamat bertunang, disusuli dengan susunan barangan hantaran sebagaimana yang ada di dalam video berkaitan.
Bagaimanapun, Zara tidak mengulas secara terperinci mengenai video tersebut sebaliknya hanya meletakkan emoji hati berwarna putih di ruangan kapsyen.
“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah permudahkan semuanya. Kepada peminat dan followers Zara, this is for you.
“After berbulan saya menyimpan rahsia ini, akhirnya tiba masanya untuk berkongsi tentang my favourite meal replacement yang saya amalkan 3 bulan lepas untuk turunkan berat badan saya,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana kerjasama tersebut berjalan dengan lancar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendedahkan mereka seakan tertipu namun ada juga yang sudah menjangkakan perkara tersebut hanyalag gimik semata-semata.
“Kita semua kena scam. Aku siap komen semoga Zara Zya dipermudahkan urusan hingga ke alam perkahwinan. Rupanya dia bertunang dengan breakoat.
“Okay rupanya kena gula-gula je. Marketing dia sumpah lain macam.
“Baru nak tengok siapakah gerangan jejaka. Dah nak bersyukur je tadi. Ingatkan dengan Datuk Alha Alfa.
“Tertipu saya rupanya sebelum ini.
“Aku kena scam. Ingatkan bertunang betul-betul,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video yang dikongsikan pada Ahad itu telah pun meraih lebih 800,000 jumlah tontonan di Instagram.
Malah, beberapa hari sebelum video berkenaan dimuat naik, foto yang memaparkan Zara sedang disarungkan cincin turut tular di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mas Idayu reda dengan pemergian bapanya, Mesnun Hassan, 78, yang meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada Selasa lalu.
Berkongsi khabar sedih itu, Mas Idayu, 51, berkata Allahyarham mengadu sukar bernafas dan lemah sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Meskipun sedih namun Mas Idayu memberitahu dia bersyukur apabila berkesempatan untuk melihat wajah bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
“Pada Isnin malam saya dah dapat dimaklumkan yang abah saya kritikal dan telah di bawa ke Hospital Kota Tinggi. Ketika itu saya sepatutnya menjalani rakaman lagu bersama Ajai.
“Ketika saya sedang bersiap untuk pulang ke kampung, pukul 12.30 pagi saya dapat berita yang abah saya telah tiada. Saya terkejut dengan berita itu sehingga muntah sebelum bergerak ke Kota Tinggi dan tiba di Johor kira-kira jam 7 pagi.
“Alhamdulillah, saya sempat menatap abah buat kali terakhir. Wajah abah bersih sangat dan dia kelihatan tersenyum. Seisi keluarga pun ada di sisinya sebelum dikebumikan,” katanya.
Mas Idayu berkata bapanya menghidap kencing manis dan sakit tua sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda lebih sebulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.