Sushant Singh Rajput Mati Dipercayai Bunuh Diri, Shah Rukh Khan Antara Bintang Bollywood Yang Terkesan

Share

Semalam, industri hiburan Bollywood digemparkan dengan berita mengenai aktor, Sushant Singh Rajput yang ditemui mati di kediamannya pada Ahad.

Menurut laporan pihak Polis Mumbai, Sushant ditemui mati di tingkat 6 apartmentnya yang terletak di selatan Bandra, Mumbai dan kes tersebut telah pun diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.

“Sushant Signh Rajput dilaporkan telah membunuh diri dan kini kes dibawah siasatan poli,” kata jurucakap polis, DCP Pranay Ashok.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Sushant telah pun mengesahkan berita berkenaan malah turut memuat naik kenyataan buat peminat supaya menitipkan doa serta menghormati privasi sepanjang siasatan sedang berjalan.

Memetik laporan Hindustantimes, pelakon filem Dil Bechara itu meninggal dunia selepas beberapa hari bekas pengurusnya, Disha Salian dipercayai turut membunuh diri.

Berita kematian tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Untuk rekod, Sushant pernah membintangi beberapa buah filem.

Antaranya ialah Chhichhore, MS Dhoni: The Untold Story, Detective Byomkesh Bakshy dan banyak lagi.

Sumber: Hindustantimes

IKLAN