Semalam, industri hiburan Bollywood digemparkan dengan berita mengenai aktor, Sushant Singh Rajput yang ditemui mati di kediamannya pada Ahad.
Menurut laporan pihak Polis Mumbai, Sushant ditemui mati di tingkat 6 apartmentnya yang terletak di selatan Bandra, Mumbai dan kes tersebut telah pun diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.
“Sushant Signh Rajput dilaporkan telah membunuh diri dan kini kes dibawah siasatan poli,” kata jurucakap polis, DCP Pranay Ashok.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Sushant telah pun mengesahkan berita berkenaan malah turut memuat naik kenyataan buat peminat supaya menitipkan doa serta menghormati privasi sepanjang siasatan sedang berjalan.
Ads
Memetik laporan Hindustantimes, pelakon filem Dil Bechara itu meninggal dunia selepas beberapa hari bekas pengurusnya, Disha Salian dipercayai turut membunuh diri.
Berita kematian tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
He loved me so much…I will miss him so much. His energy, enthusiasm and his full happy smile. May Allah bless his soul and my condolences to his near and dear ones. This is extremely sad….and so shocking!! pic.twitter.com/skIhYEQxeO
Sushant Singh Rajput…a bright young actor gone too soon. He excelled on TV and in films. His rise in the world of entertainment inspired many and he leaves behind several memorable performances. Shocked by his passing away. My thoughts are with his family and fans. Om Shanti.
Pelakon Fasha Sandha menanti detik kelahiran zuriat sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Aidil Aziz.
Bintang versatil ini kini mengalami perubahan fizikal kerana berbadan dua.
Kongsinya, bahagian kaki mulai mengalami bengkak, manakala bahagian tangan pula mengalami siptom ‘carpel tunnel’ iaitu kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan.
“Kaki kiri kami bengkak teruk, tangan pula dua2 belah kena Carpal tunnel . Doktor kata tak payah risau semua ni akan berakhir lepas bersalin.
“Suami tolong urut2 setiap hari Alhamdulillah. Terima kasih suami ku I can’t live without you my hero and my kids #iburayfalraysha.
“Ok siapa yang kenal makcik2 pakar urut orang hamil (yang bertauliah) please DM me ok. Thanks ,” kongsinya.
Menerusi video pendek yang dirakam pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu, suaminya sedang mengurut bahagian kakinya bagi mengurangkan memberi kelegaan buat Fasha.
Lantas, telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan ribuan komen dari peminat.
Difahamkan, Fasha bakal melahirkan anak ketiganya akhir Julai depan.
Imbas kembali, Fasha sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, hasil perkahwinan pertama bersama Rizal Ashram.
Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu
Kemudian, Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan kini sedang menantikan zuriat pertama mereka bersama.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tasha Manshahar menerusi satu klip video ada berkongsi perkembangan anak lelakinya, Muammar Rafiqi yang bakal mencecah usia setahun 21 Jun ini.
Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu mendedahkan, anaknya yang disapa Muammar itu kini sudah mulaimahu makan makanannya sendiri tanpa disuap si ibu.
Malah permata hatinya itu juga turut memilih makanan dan menggemari nasi impit.
“Muammar dah masuk fasa taknak makan sangat. Makan 2 3 suap pastu taknak dah. Tapi aktif dia ya rabbiiii. But without failed, tetap jugak mommy prepare makanan untuk dia setiap hari walaupun end up byk buang je.
“Porridge, nasi lembik, pasta, dia tak interested sgt dah. Tapi, bila bagi nasi impit dia selera pulak. Pastu kita carikkan siap-siap lauk dia. Tu pun dia taknak org suap ya! Dia nak makan sendiri.
“Bila makan sendiri tu tahu jelah kan, byklah kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan selepas tu. Mommy layankan je asal Muammar nak makan. (Jangan risau, ada je resipi kari untuk baby),” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berkongsi teknik buat khusus buat si kecil yang mulai mahu makan sendiri.
“Oh ye, yg dalam video ni nasi impit mini tu belah 4, isi ikan tu dah carik. Ikan dia ada dalam mangkuk lain. Ni antara teknik mommies boleh cuba utk ajar anak makan sendiri.
“Jgn letak byk2. Letak satu2, so dorg akan fokus utk kutip dan suap dlm mulut instead of main2 je dgn makanan tu.
“Awal-awal mommies kena demonstrate dulu tau. And of course it takes time and kena selalu practice.
“Sehari dua ni bila mommy dah tahu Muammar nak makan macam mana, baru nampak Muammar enjoy makan mcm sebelum-sebelum ni,” jelasnya lagi.
Sambil menyifatkan fasa anak akan berubah-ubah dalam proses membesar, Tasha turut mendoakan agar para ibu bapa juga akan mudah untuk faham dengan perubahan si kecil demi kebaikan mereka.
“Fasa anak ni mmg akan berubah-ubah. Sebab physically, mentally dorg pun berubah ikut peredaran masa. So yes normal la selera dorg berubah, akal pun makin byk.
“Kita doa anak kita sentiasa mudah diuruskan atau doa supaya kita sebagai ibubapa mudah faham dan adapt dengan perubahan anak, supaya kita dapat beri yg terbaik, mereka pun membesar dgn cara terbaik. Aamiin.
“Tak lama lagi Muammar nak happy birthday dahhhh. Mommy masih confused dengan perasaan sendiri, nak happy ke nak sad. Ada tak friend Muammar dekat sini yang birthday bulan Jun?,” akhiri Tasha.
Peminat juga ada berkongsi pengalaman bersama anak masing-masing dalam fasa sama di ruangan komen pada entri tersebut.
Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid pada 8 September 2018.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam ramai yang melakukan cabaran #LathiChallenge dan #WipeItChallenge, pelakon, Norman Hakim tampil dengan melakukan cabaran terbaru iaitu #BarzakhChallenge.
Menurut pengacara Mingguan Wanita itu, cabaran tersebut lebih baik dilakukan berbanding #LathiChallenge kerana boleh menimbulkan rasa insaf seolah-olah berhadapan dengan saat kematian.
“Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni.
“Kalau saja nak ‘try dan feel’ #BarzakhChallenge ni, Insha Allah senang je.
“Saya dah try, Ma Shaa Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni.
“Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange. Yang bestnya boleh simpan terus.
“Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti benda dah ada.
“Jadi ini dia barang-barang persiapan untuk #BarzakhChallenge:
“Cari dan potong kain putih, ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing-masing dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki
“Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan.
“Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).
“Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali.
“Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’, sediakan kapur barus secukup rasa aroma dan baunya.
“Senang sikitkan dari #LathiChallenge? Lepas dah mintak tolong orangpakaikan, bukak apps Surah Yaasin, pastu pejam je mata diam-diam dan ‘feel’ the moment dari mula-mula kita lahir sampai la kita berbaring ni.
“Mudah je, tak payah nak menari-menari bagai lepas tu buat muka menakutkan. Yang atas ni pun, takyah buat muka. Saya tengok balik pun saya dah seram,” kongsinya.
Tambah Norman, tujuan tersebut dilakukanuntuk memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya umat Islam.
“Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara macam ni.
“Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sebab dia dah tahu saat ajal dia nak tiba,”tulisnya
Terdahulu, #LathiChallenge menjadi tular kerana keunikan lagu dan solekan yang digunakan.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.