Berita

Susan Sarandon & Melissa Barrera Hilang ‘Job’ Gara-Gara Pendirian Pro-Palestin

Share

Bintang Hollywood terkenal Susan Sarandon dan Melissa Barrera masing-masing menerima nasib hampir serupa apabila mereka kehilangan ‘kerja’ akibat menyuarakan pendirian Pro-Palestin.

Susan Sarandon digugurkan oleh agensi bakatnya, United Talent Agency susulan kenyataan yang dibuat oleh pelakon wanita berusia 77 tahun ini pada perhimpunan pro-Palestin di New York.

Menurut beberapa laporan media di Amerika Syarikat, pengguguran Susan adalah sah namun pihak agensinya tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Selain itu, Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi sambungan filem Scream yang seterusnya iaitu Scream VII, selepas kerap berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor Agensi Anadolu.

Pelakon Mexico berusia 33 tahun itu menyertai francais ikonik slasher tersebut pada 2022, menerajui filem kelima dan keenamnya bersama Jenna Ortega.

Pada hari Selasa lalu, sumber mengesakan bahawa Barrera telah digugurkan daripada sekuel Spyglass Media yang akan datang atas hantaran media sosialnya berkaitan perang Hamas-Palestin, yang telah dianggap sebagai anti-Semitik.

Berita mengenai kedua-dua pelakon ini mendapat perhatian meluas dan ramai menyatakan bahawa industri hiburan di Hollywood tidak menghormati hak kebebasan bersuara.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN