Ads

Superstar Sridevi Meninggal Dunia Kerana Lemas, Bukan Akibat Serangan Jantung?

Terkini, kematian ikon perfileman India, Sridevi yang dilaporkan meninggal dunia tiga hari lalu didapati kerana mati lemas, bukan disebabkan serangan jantung. Malah, dokumen yang turut melaporkan sebab kematiannya juga sudah menjadi tular di internet.

Difahamkan, bintang filem Nagina itu mati lemas dalam tab mandi bilik hotelnya selepas pengsan, memetik laporan polis ibu kota Emiriah Arab Bersatu.

Dalam perkembangan lain, mendiang dikatakan dijumpai di bawah pengaruh alkohol atas sebab aktres tersebut gagal mengimbangi diri, lalu tergelincir ke dalam kolam di biliknya.

Ads

Superstar Sridevi Meninggal Dunia Kerana Lemas, Bukan Akibat Serangan Jantung?

Dalam tempoh lima dekad penglibatan seni lakonnya di negara penerbitan filem paling aktif di dunia itu, Sridevi cukup sinonim menerusi pelbagai dialek filem India seperti Hindi, Telugu, Malayalam dan Kannada.

Ads

Meraih lima anugerah di Anugerah Film Fare, Sridevi turut dilabel sebagai antara aktres yang pernah menerima bayaran tertinggi menerusi setiap filem yang dilakonkan pada era 80 dan 90-an lalu dan antara filem yang menaikkan namanya ialah Mr India, Gumarah dan Judaai di samping Anil Kapoor.

Ads

Kematian mengejut superstar ini di Dubai ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarganya turut diratapi para peminatnya dari seluruh dunia. Malah, para selebriti India turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.