“Super Talented, MasyaAllah…,” – Umie Aida Berzanji, Erma Fatima Palu Kompang, Netizen Kagum Lihat Kebolehan Dua Beradik

Share

Perkongsian terkini pelakon popular, Umie Aida di laman Instagram nyata telah mencuri perhatian ramai pihak.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Umie dilihat sedang mengetuai bacaan qasidah sambil diiringi paluan kompang daripada kakaknya yang juga merupakan pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Menurut Umie, sesiapa sahaja yang berminat untuk menjemputnya ke majlis berzanji, boleh sahaja menghubunginya pada bila-bila masa.

“Sesiapa yang nak panggil kami qasidah boleh dm tepi. So far jadual penuh bulan 7,” katanya.

Menerusi posting yang sama, pelakon filem Embun ini juga turut berkongsi video ketika menghadiri beberapa majlis berzanji yang lain.

Melihat di ruangan, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis menzahirkan rasa kagum dengan usaha Umie untuk terus menanam rasa cinta terhadap Rasulullah SAW.

“MasyaAllah, tabarakallah. Salam dari Indonesia.

“MasyaAllah penuh dah ya.

“MasyaAllah, kalau buat time birthday ni elok sangat.

“Semoga selalu dalam lindungannya kakak.

“Super talented. Bismillah masyaAllah

“MasyaAllah. Hebat. Ni kena masuk TV Al-Hijrah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, Umie dilihat aktif manjalan aktiviti-aktiviti majlis ilmu dan maulid menerusi persatuannya yang dikenali sebagai Musollah Aisya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 5,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Umie Aida

IKLAN