Selepas isu tidak mahu menghantar anak-anak ke sekolah, penyanyi nasyid, Suhaimi Saad sekali lagi mencetuskan kontroversi tetapi kali ini menegenai tafsir Al-Quran.

Katanya, dia tidak bersetuju dengan terjemahan surah Asy Syams yang mengakatan saiz matahari itu empat kali ganda besar berbanding saiz bulan.

Pendapat tersebut dikongsikan oleh Suhaimi menerusi sebuah entri di laman Facebook.

“Terjemahan Surah Asy Syams. Mereka katakan bahawa matahari itu empat kali ganda besar daripada bumi. Dan bumi lebih besar daripada bulan.

“Padahal, Demi Allah kami melihat bahawa saiz matahari dan bulan itu hampir sama besar sahaja. Allah memberi kita mata,akal dan hati. Berfikirlah dengan jujur. Jangan mudah tertipu dengan golongan yang kufur terhadap Allah,” katanya.

IKLAN

Entri tersebut telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah pakar perubatan, Dr. Rusyainie Ramli.

Menurut Dr. Rusyainie, dia sifatkan anak-anak Suhaimie sebagai malang kerana memiliki bapa yang sedemikian.

Rasa kecewa itu diluahkan Dr. Rusyainie di laman Facebook miliknya.

IKLAN

“Saya sedih melihat anak-anak ini. Mereka dilahirkan tanpa mampu memilih siapa mak ayah mereka. Malang sekali mereka mendapat ayah yang sebegini.

“Saya masih husnuzon ketika dia mengatakan yang anak-anak dia tak bersekolah. Dia mengajar di rumah. Mungkin dia menceduk segala silibus KPM supaya dia mempunyai garis panduan apa yang anak-anak dia mesti pelajari dan fahami. Atau mungkin dia menggunakan silibus dari Singapura atau Australia atau mana-mana negara maju kalau dia berpendapat silibus negara kita tak cukup gah dan hebat untuk anak-anaknya.

“Tapi kalaulah begini ajaran sains dia, 4 orang anak-anak yang naif ni bakal menjadi manusia yang ilmunya terpesong. Mana mungkin matahari dan bulan tu sama besar bila sains membuktikan ia sebaliknya. Hanya kerana dia nampak matahari dari pandangan kasar tu sama besar dengan bulan, maka dia membuat kesimpulan begitu. Ya Allah sungguh tersesat ilmunya! Dia menterjemahkan ilmu sains secara harfiah dan literal! Ni kerja gila!,” katanya.

Tambah Doktor yang berkhidmat untuk Angkatan Tentera Malaysia ini, sebagai ibu, dia tak boleh membayangkan bagaimana anak yang diibaratkan kain putih itu dicorakkan dengan keegoan para ibu bapa.

IKLAN

“Adakah kerana kita tak nampak virus bakteria dan kulat secara pandangan kasar, maka dia nak mengatakan bahawa semua makhluk tu tak wujud? Kerana itulah dia tak vaksinkan anak-anak dia? Silap hari bulan dia tak mengajar pun anak-anak untuk membasuh tangan sebelum makan semua sebab tak nampak kan kuman-kuman yang ada.

“Doktrin songsang yang diasuh dan dididik ke dalam pemikiran anak-anak ni menjadi kegelisahan dan kegusaran saya. Malang sungguh anak-anak ini. Ini baru bab sains, belum bercerita bab sejarah, geografi, linguistik dan sebagainya.

“Saya yang bekerja sebagai doktor dan suami yang berkelulusan dari universiti antara terbaik di dunia pun tak pernah terfikir untuk menyekolahkan sendiri anak-anak. Bagaimana nak pastikan anak-anak saya cukup lengkap persediaan menuju ke universiti, tu yang menjadi isunya. Mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda paling kurang pun, tu harapan kami pada anak-anak. Kehidupan mereka di masa hadapan bergantung pada pendidikan formal yang mereka terima dari kecil. Ni bukan benda main-main dan eksperimen. Saudara mara saya yang graduan Oxford dan Cambridge pun, anak-anak mereka ke sekolah. Kita tak mungkin pandai bijak dan cerdik semua bidang.

“Wahai anak-anak pada dia ni, saya sebagai seorang mama, tak boleh bayangkan bagaimana kain putih yang dicorakkan oleh ayah yang punya keegoan melangit begini. Kononnya dia profesor serba tahu. Ya Allah, tolonglah kurniakan hidayah pada ayah ini demi kelangsungan ilmu yang di landasan yang benar untuk anak-anak yang tak berdosa ni,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Dr. Rusyainie Ramli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI