“Sumpah Sakit Hati Dengan Perangai Zarul,” – Babak ‘Dera’ Mak Gayah, Lakonan Hisyam Hamid Semakin Dibenci Netizen

Share

Pelakon, Hisyam Hamid yang mendukung watak sebagai Zarul Zafran menerusi drama rantaian Cukup Derita Itu nyata mendapat perhatian penonton.

Ini kerana, terdapat beberapa babak lakonan Hisyam yang disiarkan dalam drama ini disifatkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Antaranya, babak Zarul yang cuba menutup mulut dengan pita pelekat dan mengikat tangan Mak Gayah yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid antara babak yang paling mencuri tumpuan.

Di samping meluahkan rasa kurang senang melihat babak berkenaan, rata-rata penonton juga turut memberikan komen positif terhadap lakonan hebat Hisyam.

Selain Hisyam, drama Cukup Derita ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Ruhainies, Jasmin Hamid, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Drama arahan Along Kamaludin ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Sekadar informasi, episode akhir drama ini akan disiarkan pada Rabu ini.

Foto: Instagram Hisyam Hamid

IKLAN