Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia musim ketiga sekaligus melancarkan buku Pesona Kebaya-Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Ahad lalu.
Turut berkenan berangkat pada acara itu ialah Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato Agil Natt, Pengarah Urusan MyCar, Datuk Noor Sheena serta Pengerusi Precious Of Malaysia yang juga pereka feysen, Jonathan dan Farel Mikhail.
Menurut Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara FM Group, mereka menyifatkan kesudian Sultanah Nur Zahirah yang berkenan merasmikan program anjurannya sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
“Sehingga ke saat ini, kami berasakan kesudian Sultanah Nur Zahirah mencemar duli ke acara kami bagai sebuah mimpi yang menjadi realiti. Tidak pernah terbayangkan.
“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tim protokol Istana Terengganu kerana sudi mendengar hajat yang kami doakan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
“Semoga dengan perasmian Precious Of Malaysia dan pelancaran buku Pesona Kebaya ini menjadi satu momen indah buat kami. Tak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila,” katanya.
Menurut Farel, segala sindiran dan kata-kata sinis yang cuba melemahkan semangatnya selama ini akhirnya dapat ditepis apabila terbukti Precious Of Malaysia kini menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan anak muda.
“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami untuk terus memartabatkan budaya Malaysia.
Ads
“Sebenarnya bukan mudah apa yang kami lalui. Dipandang rendah, disindir, dilabel syok sendiri, ‘muka tebal’ dan bermacam-macam lagi.
“Kami ini bukan robot tapi manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kalau hati itu adalah kaca, dah lama dah berkecai tak dapat dicantum lagi.
“Namun, tuhan kuatkan semangat kami kerana arah tujuan kami jelas mahu mengangkat martabat budaya Malaysia yang menjadi identiti kita semua.
“Ditambah pula dengan kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli ke acara kami. Sungguh, gembira dan rasa syukur itu berganda-ganda,” ujarnya.
Ads
Sempena Precious Of Malaysia, FM Group telah menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang memberi peluang kepada para pelajar yang berlangsung pada 2dan 3 Ogos lalu di lokasi sama.
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani dinobatkan sebagai juara, Rashid Moshi naib juara dan UiTM (tempat ketiga).
Selain hadiah utama, ICFW turut mengumumkan barisan pemenang bagi 10 kategori lain iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer dan Promising Fashion Designer.
Turut diumumkan ialah pemenang bagi kategori Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedangmencipta nama dan tahun ini, mekanismenya sedikit berbeza.
Ads
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia dan Filipina
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga bakal menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pengarah dan penerbit, Jinggo menitip ucapan penghargaannya buat dua individu hebat yang selama ini telah banyak memberikannya tunjuk ajar sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, dua insan hebat yang dimaksudkannya itu adalah Allahyarham Mamat Khalid dan Aziz M. Osman.
Katanya lagi, dia juga pernah berkhidmat bersama Allahyarham Mamat ketika arwah sedang mengarahkan drama pertamanya yang berjudul Tik Tok Sekali Peristiwa.
“Assalamualaikum Malaya. Good morning Geng Tok Sidang di mane sajer komer berada
“Pagi ni Tok Sidang asyik teringat 2 insan beso dalam industri teman. Arwah Yeop @khalidmamat, drama pertama arahan Yeop Mat, temanlah Co ordinator nye, tajuk nye Tik Tok Sekali Peristiwa. Tajuk Ohgang Puteh nya, Once Upon a time.
“Tah mana perginya karya pertama arwah tu sebab teman tak penoh nengok di tv sampei hari ni. Sampei hilang miker di dunia ni, tak der saper nak bagi gelaran pada miker. Gitulah hidup kita anak seni walaupon anak jati Malaya ni,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusli itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Jinggo juga turut menyifatkan Aziz sebagai individu yang paling layak untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Arwah Mamat selain daripada anaknya.
“Insan ke dua @azizmosman , orang terawal bagi teman kroje sebagai handy man masa tu, 1999. Ajiz panggil teman Bong masa tu, sebab jadi extra nama Bong dalam drama tu. dapat le duit extra. Alhamdulillah.
“Tok Sidang rasa Ajiz lah Pengaroh yg paling layak menyambung jika ada karya karya beso Yeop Mamat yang belum selesei selain ANAK Arwah tapi ini PANDANGAN BUKAN CADANGAN ATAU ARAHAN yek komer,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut meluahkan rasa terkilan kerana Arwah Mamat tidak diberikan apa-apa gelaran sepanjang hayatnya.
Lantaran itu, Jiggo turut berharap agar perkara sama tidak berlaku kepada Aziz kerana menyifatkan filem-filemnya telah banyak memberikan inspirasi kepada ramai orang.
“Buat Bang Ajiz, teman doa miker idak le senasib dengan arwah yeop mat, walaupon miker telah berlakon dan mengarah sebelom-sebelom pelakon dato sekarang ni dilahirkan.
“Harap-harap miker idak rhope tu le yek. Senaseb dengan Arwah. Al Fatihah buat semua Arwah,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut menitip doa buat arwah Mamat agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Pelakon Mia Ahmad berkongsi momen dirinya yang terpaksa ditahan ke wad selepas diserang Denggi, baru-baru ini.
Mia turut menambah, ujian kehamilannya kali ini bukanlah sesuatu yang mudah selain menyifatkan ujian kesihatan menjadi sesuatu yang cukup besar bagi dirinya.
“Pregnancy journey kali ni tak mudah. First trimester hari tu memang not easy for me. Morning sickness teruk, tak lalu makan. Tak boleh bau makanan, bau perfume, eh segala jenis bau lah.
“Diuji pula kena warded disebabkan denggi. Betullah orang cakap every pregnancy tu journey dia tak sama. Ujian masalah kesihatan ni sebenarnya lebih besar dari ujian masalah yang lain.
“Sebab kita nak solat pun jadi susah nak khusyuk, nak ibadah apa pun jadi ikhlas dengan tidak.
“Waktu ni lah teringat ruginya waktu sihat dulu tak beribadah sebaiknya. Bila sakit asyik ingat Allah. Nikmat sebenarnya tu tapi tulah saya ni insan yang lemah banyak rasa nak nangis je,” luahnya.
Mia bagaimanapun kini mendedahkan dirinya kini stabil dan selera makannya sudah kembali semula.
“Time ni jugalah teringat perngorbanan ibu kita. Mak-mak dulu beranak bukan satu dua ye macam manalah diorang hadap, hebat betul! Ya Allah, terimalah segala amalan ibuku sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya.
“Doakan saya dipermudahkan urusan pregnancy kali ni ya. Sekarang dah stable, kerja nak makan jelah pula, nak makan tapi kena sekat,” tulis Mia yang kini usia kehamilannya sudah memasuki minggu ke-22.
Sekadar informasi, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Al-Maqari yang telah diumumkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 pada pentas akhir yang bersiaran secara langsung, malam tadi.
Kemenangan kumpulan berkenaan sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya iaitu Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara pada program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, Kuala Lumpur.
Kumpulan Qalbun Hadi pula menyandang posisi naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.
Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi setiap kumpulan.
Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.
Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.