Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan dia tidak tahu menahu mengenai video tular di platform TikTok yang merakamkan kehadiran bekas suaminya, Aliff Aziz ke salah satu masjid di Singapura, baru-baru ini.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,30, bagaimanapun mendoakan yang baik-baik.
“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan. Kalau boleh, saya tidak mahu untuk komen lebih lanjut.
“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul, Alhamdulillah.
Ads
“Dan sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik pun, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, pada Khamis.
Menerusi konsert tersebut Bella akan membuat persembahan bersama barisan artis lain seperti Hujan, Bunkface, Spider, Ruffedge, Insomniacks dan Dolla pada 7 September depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Ads
Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok itu, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih dan dipercayai berada di salah sebuah masjid di Singapura.
Ads
Menerusi perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.
Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kini aktif dalam dunia politik, Datin Anne Ngasri mencipta kenangan manis untuk diri sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET), baru-baru ini.
Usia bukanlah penghalang, ibu anggun berusia 39 tahun ini ada berkongsi momen indah dengan menggayakan jubah konvokesyen menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sambil menitipkan rasa syukur.
Difahamkan, Anne Ngasri sukses mencapai cita-citanya dengan menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
“With every milestone that I’ve come across, there’s always been a little note at the bottom that’s said, ‘Alhamdulillah Allahumma Barik’,” kongsi ibu kepada enam cahaya mata ini pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik terhadap apa sahaja perkara yang dilakukan.
Anne kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia dan sudah pasti kejayaan yang diraihnya itu boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 13,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lee Zii Jia berjaya memperoleh rentak kembali dalam perlawanan badminton perseorangan lelaki sebentar tadi sekaligus berjaya membawa pulang pingat gangsa.
Kemenangannya itu menjadikan pingat tersebut sebagai pingat kedua buat Malaysia selepas pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut menyumbang gangsa, semalam.
Anak jati Kedah itu yang merupakan pemain kedudukan ke-7 dalam ranking dunia berjaya menundukkan lawannya dari India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Biarpun ketinggalan pada set pertama, Zii Jia bangkit cemerlang jauh meninggalkan Lakhsya dalam dua set seterusnya.
Biarpun hasrat untuk mencapai emas tidak kesampaian, namun pingat gangsa cukup membuktikan Zii Jia mempunyai rentak yang baik berbanding ketika di Olimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan dia pulang dengan tangan kosong.
Dia menjadi rakyat Malaysia ketiga selepas Rashid Sidek dan Lee Chong Wei untuk meraih podium dalam pertandingan perseorangan lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Auditorium CIDB, Cheras, Ahad lalu menyaksikan Bulan Asyraff unggul di ranking pertama selepas meraih markah tertinggi sebanyak 66.96 peratus.
Meneruskan rentak kecemerlangan, Bulan berjaya memukau para juri ketika membawakan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, nyanyian asal kumpulan Exists.
Bagaimanapun, Chong Han terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas mempamerkan persembahan yang kurang meyakinkan, sekaligus meraih markah terendah.
Berjaya melangkah sehingga minggu ke-6, tiga peserta ini iaitu Danhuangge, Jelly Belly dan Junlloyd Egano dilihat kian selesa dengan rentak pertandingan dan lebih bijak berhadapan dengan komen positif mahupun negatif warganet.
Menduduki tempat kedua tercorot, Junlloyd Egano akui kecewa dengan persembahannya minggu ini ketika membawakan lagu dendangan penyanyi Aizad Amdan yang berjudul Lagu Kita.
Bagaimanapun, kesilapan itu tidak sesekali meluntur semangat anak jati Labuan ini untuk kembali bangkit minggu hadapan
“Sejujurnya saya kurang berpuas hati dengan persembahan malam tadi. Saya rasa kosong dan gagal membuat para penonton tersentuh. Mungkin malam tadi bukan hari saya.
“Seakan ada gangguan daripada luar. Bila dapat komen daripada juri dan penonton, saya memang sedikit down. Saya nak bangkit kembali. Lumrah pertandingan ada jatuh dan bangun,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi yang menjadikan Ed Sheeran dan Bruno Mars sebagai idola ini juga akui ada kalanya dia tidak dapat menahan diri untuk membaca komen-komen di media sosial.
“Sebelum ini, ramai yang nasihatkan saya, bila sudah masuk ke program ini, jangan baca komen di media sosial. Namun, sebagai manusia, saya nak tahu apa yang orang kata fasal saya. Jadi, saya curi-curi baca.
“Komen negatif lebih banyak berbanding positif. Ada yang kata persembahan saya masih kekok dan suara sumbang. Namun, Kak Shiha nasihatkan saya usah tengok lagi,” ujarnya.
Bagaimanapun, Junlloyd punyai cara tersendiri untuk mencegah mentalnya daripada terkesan dengan komen-komen pedas.
“Saya dekatkan dengan dengan orang-orang yang saya sayang seperti keluarga dan rakan-rakan baik. Kemudian, kena banyakkan latihan. Itu yang selalu Kak Shiha tekankan.
“Saya mahu seni saya ini diterima dan dapat mewarnai industri muzik tempatan,” katanya lagi.
Penyanyi, Jelly Belly bertekad untuk memperbaiki kualiti persembahan selepas sekadar berpuas hati di tempat ketujuh dalam kalangan kesemua peserta bertanding.
Menurut Jelly Belly, fokusnya ketika ini adalah untuk terus kekal berada dikelompok ‘big 6’.
“Dari sudut persembahan, saya berpuas hati. Saya gembira dengan apa yang saya sampaikan. Mungkin ada sedikit kekurangan dari segi sebutan. Mungkin makan belacan banyak sangat.
“Sedikit sedih sebab tak dapat ke posisi ‘big 6’. Mungkin saya kena kerja keras dari segi undian. Rasanya saya sudah pun berikan yang terbaik. Namun, bukan rezeki saya. Kita buat lagi pada minggu hadapan,” katanya.
Jelly Belly atau nama sebenarnya Abdul Jalil Ikram A Hamid mahu menjadikan pentas ini sebagai platform untuknya kekal relavan di dalam industri seni.
“Sudah tentu ada yang memberikan kritikan lebih-lebih saya pernah sertai pertandingan ini musim lepas. Namun, kali ini konsepnya 100% berbeza. Jadi, saya putuskan untuk sertai juga untuk terus kekal relavan dalam industri.
“Saya nak diri saya dikenali. Ramai yang mengenali saya di media sosial sahaja. Di luar, orang belum kenal,” ulasnya.
Sementara itu, penyanyi berusia 33 tahun ini menyifatkan kecaman sebagai lumrah yang perlu dihadapi penggiat seni.
“Kecaman itu perkara biasa. Apa kita boleh buat? Kita bekerja di hadapan kamera dan kena terima apa sahaja kritikan. Namun, saya memandang daripada sudut positif sahaja.
“Antara komen yang paling terkesan bila ada yang kata saya seperti sotong kurita dan tak layak untuk terus kekal di program ini. Namun, saya ambil komen tersebut sebagai semangat untuk beri saingan kepada peserta-peserta lain,” kongsinya.
Berjaya memperoleh lima ‘Slay’ daripada juri, Danhuangge sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempersembahkan lagu dangdut berjudul Madu Dan Racun.
Menurut Danhuangge, persembahan minggu ini ternyata memberikan kelebihan buat dirinya memandang dangdut merupakan genre kesukaannya.
“Saya gembira dengan persembahan pada malam tadi. Bawa pula lagu genre kesukaan saya. Malah, saya sangat teruja kerana juri memberikan saya ‘5 slay’. Saya tak sangka.
“Dangdut dan rock memang genre pilihan saya. Saya kurang suka lagu berentak perlahan,” kayanya.
Penyanyi berbangsa Cina yang juga merupakan fans favorite ini juga akui gemar menambat hati penonton meneruis tarian-tarian comel yang kini trending di media sosial.
“Setiap minggu, saya akan selitkan tarian-tarian viral. itu yang membuat penonton suka dengan persembahan saya. Mereka pasti menanti-nantikan tarian saya setiap minggu.
“Bila dapat buat penonton gembira, saya pun senang melihatnya. Saya sayang semua fans saya,” kongsinya.
Pada masa sama, Danhuangge mendedahkan dirinya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap persembahan berbanding membaca komen-komen di media sosial.
“Tipulah kalau kata tiada kecaman. Namun, ada juga yang berikan komen positif. Saya tak hirau sangat komen-komen negatif ni. Saya buang jauh-jauh. Saya hanya fokus kepada diri sendiri dan orang-orang yang sayang saya,” akhirinya.
Juara TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM9,300 (AS$2,000) daripada Tiktok selain tawaran projek lagu single tajaan Astro dan Rocketfuel.
Sementara Enam peserta terbaik pula bakal dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam saingan Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Kesemua peserta diadili juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan BCL dari Indonesia.
TikTok LIVE Astro Gimme The Mic Malaysia bakal bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan On Demand. Penonton juga boleh strim di Astro Go dan sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan mengisi masa bertemu anak perempuannya, Hawra Uqaira, selepas lebih dua minggu tidak bersua.
Meskipun pertemuan itu hanya...