“Suka Tengok Akak Bertudung,” – Penampilan Terkini Ieda Moin Terima Pujian Netizen

Share

Menerusi akaun Instagram milik pelakon Ieda Moin, bintang kini kelihatan sudah mengenakan hijab di setiap perkongsiannya di laman media sosial berkenaan.

Malah difahamkan pelakon berusia 41 tahun ini kelihatan sudah mengenakan hijab sejak Mei lalu.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi pujian terhadap penampilan terkini Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin.

Selain itu, peminat juga mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata ini kekal istiqamah dalam mengenakan berhijab.

Foto: Instagram Ieda Moin

IKLAN