Cukup terbuka berbicara soal kontroversi yang melanda, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM memberitahu, segala video yang dikongsi adalah atas ‘permintaan’ netizen.
Mengakui terdapat unsur ‘panas’ dalam setiap tindakannya itu anak kepada pelakon senior, Normah Damanuri ini lebih selesa menjadi diri sendiri.
“Yeke? Mengundang ke? Itu bukan permintaan netizen ke? Tapi sebenarnya Kak KM jadi diri sendiri.
“Memang itu watak dan trademark saya. Bila tak buat netizen rindu pula.
Ads
“Jadi tak apalah, bila viral, laku jamu saya,” katanya jujur.
Bagaimanapun, menurut pengusaha jamu ini lagi, apa yang ditayangkan di laman sosial bukanlah 100 peratus isi kehidupannya setiap hari.
Sebaliknya, dia seperti wanita lain yang melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.
Ads
Misalnya masih memasak, membasuh baju dan mengambil anak dari sekolah. Serta yang paling penting, tetap bergetah!
“Itulah saya. Tak penat pun sebab saya sayang follower. Tapi saya tak adalah bersiap setiap hari, ada masa kena masak, hantar anak, netizen akan lihat siapa saya yang sebenarnya,” tambahnya.
Ads
Tidak mahu mengulas lanjut kes tarian panas di majlis resepsi adiknya, Ahya tempoh hari, dia lebih selesa untuk pandang ke hadapan sempena kedatangan Ramadan yang mulia.
“Benda itu dah lepas. Kita buka buku baru. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
“Sempena bulan puasa, saya sendiri akan berpuasa. Jadi tak adalah saya nak bergelek pula. Tapi lepas raya, siap korang,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam pada itu, Shakilla meluahkan rasa syukurnya kerana anugerah terindah (anak) dari Yang Maha Esa.
“Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK.
“Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu.Betul lah ?
“Membesarlah dengan baik Ameena.
“Saya tahu awak ahli baru dalam hidup saya dengan Fizi yang akan buat hidup kitaorang lebih hebat dan Best..
“Terima Kasih atas Doa dan ucapan dari semua pada saya dari saat tahu saya pregnant sampai ke saat nak melahirkan dan selama tempoh 30 hari saya dengan Ameena.
Tak terbalas rasanya doa2 korang semua.
Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang.
Insyallah.
Guys, my daughter,
NURUL AMEENA SOFIA,” tulisnya.
Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ameena Sofia yang dilahirkan seberat 3.7kg.
Foto: IG Shakilla,Ameena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Que Haidar ada berkongsi gambar bersama seorang wanita Korea.
Menurutnya, wanita tersebut kelihatan sedikit berusia yang seakan wajah ibunya.
“Ya allah.. terjumpa Aunty Korean ni, muka sebijik mak sy.. cuma tinggal pakaikan tudung je.. ke ini mak? Dia saja tak bagitau yg dia org korea sebenarnya..or mak saja datang nak sportcheck aku kat sini.. kita org tak nakal la mak, kita nakal2 pun dgn Linda je,” tulisnya.
Malah, menerusi Insta Stories anak kelahiran Johor itu , dia telah menyunting gambar tersebut dengan ‘menggayakan’ tudung pada wanita Korea itu.
Lalu, netizen mengiyakan status Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar bahawa wajah wanita tersebut mirip dengan wajah ibunya, Rahmah Hussein.
Benarlah kata orang, wajah kita akan kelihatan sama dengan tujuh orang dalam dunia ni kan?
Foto : IG Que Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadi perbualan netizen sehingga hari ini apabila penampilan pelakon dan pengarah Liyana Jasmay yang dilihat semakin menampakan bahagian rambut depannya.
Liyana juga ada memuat naik video yang melihatkan dia merakam wajahnya ketika menghadiri sebuah majlis keramaian.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.