Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, mengambil pendirian untuk tempelak sikap sesetengah netizen yang seakan menidakkan keputusan penerbit Datuk A Aida, untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya, Sabtu ini.

Bintang berusia 45 tahun itu memaklumkan hal demikian menerusi platform Instagram. Katanya dia geram dengan perangai manusia yang tidak habis-habis membawang mengenai hal yang tidak mendatangkan faedah.

“Ni kami nak share dengan hampa semua, sakit hatiiiiii, geqhammmmmmmm ja dengan perangai manusia yang tak habih habih nak bawang pasai benda yang tak berpekdahhhhhhh! Ghasaaaaaaa nak hempas je dengan tumit ni.

 

“Si A.Aida nak kawin dengan laki elokkkkkk mudaaaaaaa, letupppp getahhhh baruuuuu lagi naw naw lepas tu ramai pulakkkk kecammmmmm! Ramai pulak cakap yang tak sedaq diri la apa laaa! Tua ganyuuuuutt la apa.

 

“Eh hampa, kami nak cakap, biaq lantak p la dia tu nak kawin dengan getah mudah ka epal muda ka mempelam muda ka YANG PENTING TAK KACAU LAKI HAMPA dan dia kawin dengan laki SINGLE YAAAAAA bukan RAMPAS LAKI SESIAPAAAAAAAAAAA NAAAAA,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut meminta keputusan peberbit itu dihormati memandangkan dia tidak mendirikan rumah tangga dengan suami orang.

IKLAN

“Kawin Dengan Laki Single Ke Atau Dengan Laki Orang?” – Che Ta Selar Netizen Kritik A.Aida Bakal Kahwini Aktor Muda

“Patutnya hampa tu pun sokong lahhhhh diaaaaaa! Ni dok kecammmmmm! Gila ka apa, karang dia ambil laki orghanggggg hampa p hentam pung pang pung pang (termasuk kamilah) hahahah! Ni single, opkossss lah kami ok jeeeeeeeee! Apoooo daaaaaaaaaaa.

 

“Kami pun kawin dengan laki muda helok, meletup, bergetah cayakkkkkkk lagi freshhhhhh ranum !! Hahahahha, ok jaaaaaaa! Yang hanmpa dok kecam kecam dia seoleh dia ambik laki hampa pulakkkkkkkk! Nak caqi duda sat g anak sekampong pulak,” kongsi Che Ta.

Malah, Che Ta turut memberi pandangan, mungkin ramai yang makan hati dengan pilihan A.Aida yang disifatkan iras hero Hindustan!

IKLAN

“Kesimpulannya, BIA LANTAK P LAAAAAAAA DIA NAK KAWIN DENGAN LAKI MUDA LETUPPPP! Dari dia buat benda tak eloqqq kannnnnn! Support 100% dia, so jangan nak kondem kondem naaaaaaa!! Netizen .Tapi tulah, bila tengok laki a.aida ni memang ramai lah makan hati, macam hero hindustannnn! Hidung tudiaaaaaaaa macam laki kami terletakkkkkkk boleh hanger baju tajam diaaaaaa.

 

“Kepada A.Aida, abaikannnn nak kecaman kecaman netizen ni, kami doakan majlis berjalan lancar!! So kita boleh buat group “LAKI KAMI MUDA BERGETAH” hahahhahaha.

 

“Ada yang nak share tak? Korang suka kalau kawan hampa kawin dengan laki single ke atau korang suka dia kawin dengan laki orang ke atau duda? Hahahahahha! BINCANGKANLAHHHHHHHHHHHH,” akhirinya. 

Sambil baca, sambil tergelak sebab apa yang ditulisnya memang ada elemen humor meski apa yang dikongsi Che Ta itu pun memang ada betulnya juga.

IKLAN

Foto: Instagram Rozita Che Wan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI