Tak dapat dinafikan lagu Di Matamu daripada penyanyi popular, Sufian Suhaimi kini mendapat tempat di hati peminat dan ramai juga yang membuat ‘cover’ lagu tersebut.

Rakan-rakan artis juga turut membuat cover dan yang terbaru pelakon, Fathia Latiff turut menyanyikan semula lagu tersebut tetapi lirik lagu tersebut telah diubah olehnya.

Menurut laporan BH Online, Sufian berkata dia menganggap cover yang dibuat oleh Fathia itu sebagai cara pelakon itu berkarya dan Sufian sendiri tidak terasa hati apabila ada segelintir pihak yang mendakwa Fathia cuba untuk mengeruhkan keadaan apabila pelakon tersebut mengaitkan nama bekas tunangnya, Elfira Loy di Twitter ketika berkongsi video cover tersebut.

Ads

Bagi penyanyi ini, cover yang dibuat oleh Fathia ini adalah kreatif dan dia memuji hasil kerja pelakon ini bersama produksi yang terlibat.

Ads

“Sebelum ini, memang ramai yang membuat ‘cover’ lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu ‘cover’ yang kreatif. Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit.

 

“Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versinya sendiri, janganlah dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba mencampuri urusan peribadi orang lain,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu Sufian berkata, menukar lirik dan merakamkan lagu sebagai balasan lirik terdahulu bukanlah sesuatu yang pelik dalam dunia hiburan kerana di luar negara juga turut melakukan perkara yang sama.

Ads

“Di luar negara pun ada melakukan perkara sama contohnya lagu If I Was A Boy yang dinyanyikan Beyonce dan Perfect oleh Ed Sheeran. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik buat saya,” katanya.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI