“Sudi Ajar Asahkan Lagi Lakonan,”- Dedikasi Istimewa, Ucapan Siti Saleha Buat Fauziah Ahmad Daud

Share

Pelakon, Siti Saleha ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Saleha berkongsi swa-foto bersama seniwati, Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia ada menjalani sesi mengasah bakat lakonan bersama bintang filem Ali Setan.

“Thank you sudi ajar asahkan lagi lakonan. I never think I’m good and always strive to do better and better.

“Acting is a never ending process. A lot to learn! Thanks for your time and teachings today @fauziahahmaddaud.official,” tulisnya.

Untuk rekod, Saleha merupakan adik kepada penyanyi Sam Bunkface dan telah dilahirkan pada 14 Mac 1990.

Sisi peribadinya, bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017.

Foto: Instagram Siti Saleha

IKLAN