Betullah orang kata yang malang itu tidak berbau. Adakalanya kita tidak dapat menolak takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT dan harus reda dengan ketentuannya.

Baru-baru ini pelakon, Tunku Hanis menerusi akaun Instagramnya ada memuatnaik gambar keretanya yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Menurut ruang kapsyen Hanis, kemalangan itu berlaku pada 24 Mei yang lalu iaitu pada hari lahirnya. Bukan sahaja terlibat dalam kemalangan tetapi dia juga turut menerima nasib malang apabila barang berharga miliknya dicuri ketika itu.

IKLAN

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

IKLAN

“Assalam!

 

Pada hari jadi saya 24hb Mei lebih kurang pukul 7.10 pm di Jalan Kuching, saya telah mengalami kemalangan yang teruk dan handphone saya pula rosak sehari suntuk, alhamdulillah saya selamat cuma terdapat kesan kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari handbag saya & rantai emas yang tinggi sangat tinggi nilainya sewaktu saya sedang panik individu tersebut telah masuk ke dalam kereta saya dan mencuri. Saya sangat tak sangka terdapat manusia yang berhati sedemikian sanggup melalukan perkara terkutuk itu sewaktu orang dalam kecelakaan.

 

Mungkin ini adalah pembalasan segala dosa-dosa saya makanya saya redha.

 

Kepada pencuri itu, saya doakan semoga awak diberikan kebahagiaan dunia & akhirat.

 

Kepada yang membantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

 

Kepada semua yang ada terlibat tentang kerja dengan saya dan tidak dapat menghubungi saya pada waktu itu dan saya tidak dapat melaksanakan beberapa tugasan saya, saya minta maaf sangat sebab saya terlibat dalam kemalangan & handphone saya pula rosak seharian.

 

Kepada adik-adik anak yatim di Terengganu, akak minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat hadirkan diri seperti yang dijanjikan, minta maaf sangat sangat.

 

Pada sesiapa yang tahu tentang kejadian ini dan tau apa sahaja sila DM saya, saya tak dapat berfikir dengan baik pada waktu itu. Tolong DM saya, terima kasih,” tulisnya.

Aduh kesian betul MH dengan nasib yang menimpa Hanis. Sabar ye Hanis, biar ALLAH SWT yang balas perbuatan individu yang tidak bertangunggjawab itu.

IKLAN

Apapun setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. MH harap Hanis tabah dengan ujian ini.

Sumber: Instagram Tunku Hanis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI