Pengasas kumpulan ‘rock indie’ Bittersweet, Herri Hamid berkongsi khabar mengejutkan selepas mengumumkan pembubaran band tersebut setelah hampir 17 tahun mewarnai industri seni tanah air.
Menurut Herri, meskipun ia satu keputusan yang agak berat untuk dibuat, namun, dia percaya ini merupakan langkah yang terbaik untuk memberi laluan buat anggota kumpulan yang lain merancang perjalanan masa hadapan mereka sendiri.
“Bismillāhirraḥmānirraḥīm assalamualaikum. 24 OCTOBER 2021 PENGUMUMAN PEMBUBARAN KUMPULAN BITTERSWEET. (BTSWT) 2004-2021.
“Alhamdullilah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu,ia sudah cukup matang sebagai seorang insan. Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan.
“Hari ini, di hari kelahiran saya yg ke-39 , saya sebagai pengasas band bittersweet @bittersweetbeat (BTSWT) mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan.
“Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelansungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT,” tulisnya.
Ads
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Herri yang juga merupakan gitaris kumpulan Bittersweet itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Herri turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun menjadi tulang belakang band tersebut selama ini.
“Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semua perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yg tak dapat diluahkan selama 17 tahun.
“Terima kasih kepada anda semua,tidak kira sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, managers, organisers, video directors, designers, engineers, penaja dan fans terutamannya, yang selalu mendukung perjalanan BTSWT selama ini,” kongsinya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Herri turut menyeru kepada semua pihak untuk terus memberikan sokongan terhadap industri seni tempatan meskipun tanpa kelibat Bittersweet selepas ini.
“Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk anda semua, saya memohon maaf atas semua kesalahan dari diri saya kepada semua yg pernah berkhidmat dengan btswt.
“Insyaallah suatu masa nanti saya akan meneruskan minat saya dalam muzik dan scene. Teruskan menyokong muzik Malaysia,” akhirinya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut memberi kata-kata semangat buat seluruh anggota kumpulan Bittersweet.
Selain Herri, Bittersweet turut dianggotai oleh seorang lagi ahli kumpulan iaitu Fizan.
Sepanjang 17 tahun bergiat aktif, band yang berasal daripada Ipoh ini turut memiliki beberapa bekas ahli seperti Zabil, Pijie, Hafiez, Dinie, Moon, Emai dan Irfan Iskandar.
Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Bittersweet antaranya Kucing Hitam, Next Aidilfitri, Hilang, Capital E dan banyak lagi.
Sumber: Instagram Herri Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau anda penggemar siri asal Charmed, pasti kenal benar dengan Shannen Doherty yang membawa karakter Prue Halliwell yang merupakan kakak sulung dari tiga beradik ahli sihir yang baik.
Sempena dengan bulan Oktober yang merupakan bulan kesedaran kanser payudara, pelakon ini telah berkongsi kisahnya dalam melawan penyakit tersebut. Pada tahun 2015 dia telah disahkan menghidap kanser payudara yang kemudiannya merebak ke bahagian nodus limfa.
Sehingga kini dia masih lagi bergelut dengan penyakit tersebut apabila disahkan sudah berada di tahap empat. Namun dia kekal positif dalam menghadapi rawatan dan dugaan bagi memastikan kesihatannya kembali pulih.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 50 tahun ini memuat naik gambar wajahnya yang pucat, botak dan keadaan hidung berdarah kesan dari proses radioterapi dan kemoterapi yang dilalui.
Kongsinya, “Untuk bulan kesedaran barah payudara, saya ingin berkongsi lebih banyak perjalanan peribadi saya dari diagnosis pertama hingga kedua. Adakah semuanya indah? TIDAK! Tetapi benar dan harapan saya untuk berkongsi agar kita semua menjadi lebih berpendidikan, lebih memahami apa sebenarnya kanser.
“Saya harap saya berjaya mendorong anda untuk mendapatkan mamogram, melakukan pemeriksaan berkala, untuk mengatasi rasa takut dan menghadapi apa sahaja yang mungkin ada di hadapan anda.”
Bercerita dengan lebih lanjut, Shannen juga mengimbau kembali kenangan dia ketika mula-mula mengetahui dirinya menghiadapi penyakit ini dan apa yang dilakukan untuk kekal positif dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang penuh dengan kebaikan agar membantu kesihatan mentalnya.
Ujarnya, “Pada tahun 2015 saya disahkan menghidap barah payudara. Saya menjalani mastektomi (proses buang payudara) dan melakukan kemoterapi dan radioterapi. Saya mengalami banyak pendarahan hidung dari kemoterapi. Tidak pasti jika ada di antara anda yang mengalami ini. Saya juga terlalu letih. Saya menggembirakan diri dengan mengenakan baju tidur lucu yang diberikan oleh rakan saya, Kristy. Adakah perkara itu benar-benar menghiburkan saya? Ya!
“Saya kelihatan tidak masuk akal dan dalam keadaan tidak masuk akal itu, saya mentertawakan diri sendiri. Mencari perkara melucukan membantu saya melalui apa yang kelihatan mustahil.”
Sumber: Instagram Shannen Doherty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model, Meerqeen berkongsi cerita mengenai kisah hubungan percintaan bersama bekas kekasih yang telah berakhir sebelum ini.
Finalis Hero Remaja 2020 ini mengakui, dia sebelum ini berasa sukar untuk ‘move on’ selepas hubungan yang sedia terjalin selama hampir tiga tahun itu berakhir.
“Saya ni jenis bercinta untuk kahwin dan saya tak suka bila orang lain lukakan hati saya. Kita semua tahu macam mana perasaan bila dikhianati dengan pasangan.
“Jadi sebagai seorang lelaki, saya akui yang saya susah untuk ‘move on’ lepas putus cinta. Pada saya, orang lelaki ni mungkin dalam sebulan pertama lepas putus mungkin dia tak rasa akan kehilangan itu…
“Tapi bila dalam tiga atau empat bulan selepas itu, rasa kehilangan dan kesunyian itu mungkin wujud sebab saya rasa orang lelaki ni agar sukar nak ‘move on’. Itu pendapat sayalah.
“Apa pun, dalam tempoh tiga tahun bersama, diakui kami ada perasaan yang kuat dan sering bercakap soal kehidupan bersama. Namun kita hanya mampu merancang,” katanya.
Malah, Meerqeen atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam turut mendedahkan, dia ambil masa kira-kira 2 tahun untuk kembali bangkit selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.
“Sejujurnya saya ambil masa yang agak lama untuk ‘move on’, lebih kurang dalam tempoh 2 tahun.
“Hubungan percintaan itu agak serius sebab kami masing-masing kian matang. Cuma saya tak jangka akan berlakunya perpisahan sebab ia terjadi secara tiba-tiba.
“Iyalah, ketika itu saya masih belum bersedia untuk berpisah sebenarnya sebab kami tak pernah bergaduh pun sebelum ini,” katanya yang tidak mahu memikirkan lagi soal berkenaan kerana hanya mahu fokus pada kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen muncul dengan single sulung berjudul Menunggu yang sekaligus menjadi percubaan pertamanya dalam bidang nyanyian pula.
Menunggu ciptaan Aliff Iskandar itu boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music, sejak semalam.
Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...