Isteri kepada pelakon dan pelawak, Ammar Titan iaitu Amalina Jamil berkongsi Khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada tanggal 27 September lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Amalina menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.

“Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan “Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut sempat berkongsi keadaan dan pengalamannya sewaktu berada di bilik bersalin.

“Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan “Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan

“27 September 2021. Labour room, few hours before.

“Gambar pertama yang I dapat tangkap form my bed in labour room. Masa ni tangan gigil lagi but still nak ambil gambar.

“Baby came out at 10.15 pm, photo captured at 11.00 pm,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Amalina turut menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan saat melahirkan telah pun dipermudahkan.

“Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan

“MasyaAllah, tabarakallah. Segala puji bagi Allah. Baby girl may you be the coolest of our eyes,” kongsinya lagi.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Amar memaklumkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakan anaknya itu Maryam Malaika.

IKLAN

“Assalamualaikum semua. Nama saya Maryam Malaika Binti Azizul Ammar,” ujar Ammar.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Ammar dan juga isterinya.

“Alhamdulillah, tahniah brother. Semoga Maryam dan ibunya sihat walafiat.

IKLAN

“Alhamdulillah, semoga jadi anak yang solehah.

“Tahniah Ammar dan isteri yang melahirkan baby Maryam. Moga semakin bahagia hingg ke syurga amin.

“Alhamdulillah, tak sabar nak jumpa Maryam,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Ammar dan Amalina telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 April 2017.

“Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan “Masa Ni Tangan Gigil Lagi Tapi…,” – Isteri Selamat Bersalin, Maryam Malaika Nama ‘Baby Girl’ Ammar Titan

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung bernama Airis Aisyah yang kini berusia 4 tahun.

Sumber: Instagram Ammar Titan & Amalina Jamil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI