Pelakon Fattah Amin mengakui dia turut bersimpati terhadap isu kontroversi melibatkan rakan seangkatannya menerusi pencarian Hero Remaja 2012/13.

Katanya kepada MH, berita sensasi yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab suatu yang lumrah dan berlaku kepada mana-mana selebriti, termasuk dirinya sendiri.

Jadi selebriti itu perlu bersedia di dalam menghadapi setiap kemungkinan yang berlaku.

IKLAN

“Sudah tentu saya bersimpati dengan Syafiq. Malah, isteri saya (Fazura) turut bersimpati. Rasanya semua simpati, apatah lagi ia berlaku pada bulan Ramadan.

 

“Cuma, kita sebagai orang luar jangan sebar atau bercerita mengenainya kerana jika tidak betul, sudah boleh jatuh fitnah dan berdosa,” katanya.

“Sudah Tentu Saya Bersimpati, Malah Fazura Juga…” – Ini Respon Fattah Amin Terhadap Isu Syafiq Kyle

Pada masa sama, isu sensasi melibatkan selebriti juga merupakan suatu lumrah.

IKLAN

“Bagi saya, kontroversi ni boleh berlaku kepada mana-mana selebriti, termasuklah saya. Jadi sebagai selebriti, kita harus sentiasa bersedia menghadapi kontroversi dan gosip.

 

“Jika kontroversi berlaku pada saya perkara pertama adalah berbincang dengan pihak pengurusan sebelum membuat sebarang tindakan,” kongsi Fattah.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single raya terbaharunya berjudul Syawal Kali Ini, dengan kerjasama AJ De’ Parfum dan Universal Music di SAAC Mall, pada Selasa.

“Sudah Tentu Saya Bersimpati, Malah Fazura Juga…” – Ini Respon Fattah Amin Terhadap Isu Syafiq Kyle

IKLAN

Menerusi Pencarian Hero Remaja 2012/13, Fattah dinobatkan sebagai juara sementara Syafiq pula menduduki tempat kedua.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Syafiq atau nama sebenarnya Mohamad Shafiq Shamim Abdul Razak, 26, menjelaskan, dia dan pihak pengurusan sedang mempertimbangkan jalan terbaik bagi menyelesaikan kes terbabit, termasuk berkemungkinan bakal mengambil tindakan undang-undang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI