Pelakon Syafiq Kyle berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasih yang juga aktres, Mimi Lana bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, tarikh hari bahagia itu belum boleh dikongsikan susulan persiapan yang masih lagi berjalan.

“Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya kepada MH.

IKLAN

Syafiq berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Siang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, hari ini.

Bakal menjual jenama Kurta sendiri sepanjang festival yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 April depan itu, bintang drama Nur ini teruja bakal bergelar raja sehari.

IKLAN

“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.

“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya lagi.

IKLAN

Ditanya mengenai persiapan temannya pula, Syafiq memaklumkan setakat ini semuanya berjalan lancar.

“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.

“InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-baik,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI