Aktor Tony Eusoff meluahkan rasa kecewa apabila kisah silam yang pernah mencalit titik hitam dalam hidupnya kembali diungkit dan diperkatakan oleh segelintir netizen.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di Instagram Stories, Tony atau nama penuhnya Anthony Joseph Hermas Rajiman berkongsi tangkap layar komen seorang netizen yang mempersoalkan kelayakannya untuk terus aktif sebagai pelakon meskipun pernah terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.

“Sudah Selesai Hukuman, Telah Dibebaskan Selepas Beberapa Bulan Meringkuk,” – Kes Penjara Diungkit Netizen, Tony Eusoff Mohon Pencerahan

“Dia ni sudah disenarai hitamkan untuk masuk ke Singapura sebab pernah masuk penjara sebab kes dadah. Malaysia tak sekat juga ke?” tulis individu tersebut.

Tony yang pernah membintangi filem Mencari Ramlee, tampil memberi respon secara terbuka terhadap komen berkenaan dengan nada yang cukup tenang dan bertanggungjawab.

“Sudah Selesai Hukuman, Telah Dibebaskan Selepas Beberapa Bulan Meringkuk,” – Kes Penjara Diungkit Netizen, Tony Eusoff Mohon Pencerahan

Ads

“Ya, betul saya disenarai hitamkan dari masuk ke Singapura sebab salah saya sendiri. Bukan salah orang lain.

“Malah, saya sudah selesai menjalani hukuman dan telah dibebaskan selepas beberapa bulan meringkuk.

“Tapi apa niat awak nak timbulkan isu ini? Saya cuma ingin tahu. Mohon pencerahan,” tulis Tony.

Luka Yang Cuba Dilupakan

“Sudah Selesai Hukuman, Telah Dibebaskan Selepas Beberapa Bulan Meringkuk,” – Kes Penjara Diungkit Netizen, Tony Eusoff Mohon PencerahanMeskipun hampir sedekad berlalu, Tony mengakui insiden itu masih menghantui emosi dan jiwanya.

Ads

Malah dia cuba berusaha untuk ‘move on’ dan bangkit semula, namun kehadiran komen bersifat menghukum seolah-olah membuka semula luka yang belum sepenuhnya sembuh.

“Sudah Selesai Hukuman, Telah Dibebaskan Selepas Beberapa Bulan Meringkuk,” – Kes Penjara Diungkit Netizen, Tony Eusoff Mohon Pencerahan

“Haih, kisah 10 tahun yang lalu. Tolonglah, saya move on. Saya pernah berhutang dengan awak ke apa?

Ads

“Benci sangat sebab apa? Tak mengapalah. Yang membenci akan terus membenci,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, mahkamah di Singapura pernah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan terhadap Tony Eusoff selepas didapati bersalah memiliki dadah.

Kes tersebut berlaku pada 12 Mac di Pusat Pemeriksaan Tuas apabila dia disyaki memiliki sekurang-kurangnya 4.56 gram bahan yang dianalisis mengandungi campuran ganja.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tony Eusoff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI