Sudah Pulih & Sihat, Fedtri Yahya Kembali Bersiaran Di MHI

Share

Pengacara, Fedtri Yahya memaklumkan sudah kembali bersiaran di rancangan bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI), hari ini.

Fedtri turut berkongsi beberapa keping foto terkini bersama peminat menerusi akaun Instagrsm miliknya.

“Kembali bersiaran di MHI,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa syukur kerana pengacara berusia 39 tahun itu sudah kembali pulih dan sihat.

Terdahulu, Fedtri mengalami kecederaan di bahagian muka selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika melakukan sukan berbasikal pada 17 September lalu.

Foto: Twitter Fedtri Yahya

IKLAN