Sudah Mula Berlatih Bersama, Liza Hanim Dedah Perwatakan Aweera -“Humble, Sopan, Ready To Learn & Super Talented”

Share

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Aweera bakal digandingkan bersama penyanyi Liza Hanim untuk tugasan lagu duet di pentas akhir program tersebut, pada Ahad depan.

Menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim dilihat sudah mula giat berlatih bersama Aweera.

Sebagai alumni program Gegar Vaganza, Liza menyifatkan Aweera sebagai seorang penyanyi yang sopan dan merendah diri.

Selain itu, Liza berpendapat Aweera sangat berbakat dan memiliki ton suara yang merdu.

“Bermula sudah ….Humble, sopan, ready to learn dan super talented suara sedap!!!! Thats @aweera_official Enjoy the show naaaaaa,” tulisnya.

Sekadar informasi, pasangan duet ini bakal menyampaikan sebuah lagu berjudul Sepi nyanyian asal oleh Aina Abdul.

Imbas kembali, Liza berjaya merangkul gelaran naib juara untuk program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pada tahun 2017.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Liza Hanim

IKLAN