“Sudah Kahwin Tapi Masih Pakai Sampin Atas Lutut, Maka Mungkin Anda Sedang…,” – Iesya Toh Kongsi 6 Falsafah Islam Pada Baju Melayu

Share

Pengacara Iesya Toh ada berkongsi falsafah Islam pada Baju Melayu yang mungkin ramai tidak ambil peduli.

Siapa sangka rupanya dalam berfesyen berbaju Kebangsaan, rupanya ada falsafah hebat tersembunyi sebalik setiap rekaan.

Baju Melayu tetap menjadi pilihan utama walau muncul pelbagai rekaan yang telah dimodenkan dan diubah mengikut peredaran zaman.

Dan berhati-hati semasa memakai sampin, bimbang ada yang salah faham penampilan, dikata pula mahu menambah ‘cawangan’.

1. Lima Butang Baju Melayu Melambangkan Rukun Islam

Lima butang ini melambangkan kesemua rukun Islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramada, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

2. Kebanyakan baju Melayu mempunyai tiga saku di hadapan. Ketiga-tiga ini melambangkan akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

3. Sampin

Melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah. Memakai sampin di bawah lutut bermaksud anda telah berkahwin, manakala di atasnya bermaksud anda masih bujang. Jika anda sudah berkahwin tetapi masih memakai sampin di atas lutut, maka mungkin anda sedang mencari isteri.

4. Baju Melayu Butang Satu

Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh lihat rekaan ini dalam baju Melayu teluk belanga.

5. Asal Usul Baju Melayu

Rekaan ini bermula daripada 700 tahun yang lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahukan satu pakaian diraja. Baju Melayu kemudian dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh daripada Turki.

6. Secara ringkasnya baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan sehingga kini menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia. Jadi jika kita sendiri tidak memartabatkan baju Melayu, siapa lagi?

Pemikiran dan budaya masyarakat dahulu sememangnya cukup sempurna sehingga setiap apa sahaja yang dilakukan, pasti diterapkan nilai-nilai Islam di dalamnya.

Foto : Instagram Iesya Toh

IKLAN