Uncategorized

Sudah 40 Hari, Netizen Minta Amyra Rosli Tunjuk Muka, Kongsi Nama Anak

Share

Dalam banyak-banyak selebriti Amyra Rosli dan Ammar Baharin lah satu-satunya selebriti yang sehingga kini masih belum mendedahkan nama serta muka anaknya.

Walaupun mereka berdua telah mencipta akaun Instagram buat si kecil dan sudah berusia sebulan lebih, namun sehingga kini tiada sebarang maklumat tentang bayi pertama mereka dikongsikan.

Walaubagaimanapun, Amyra yang kini baru sahaja menamatkan hari berpantangnya telah mula berkongsi sedikit demi sedikit ‘teaser’ wajah anaknya.

Tindakannya ini telah membuatkan ramai netizen geram dan tidak sabar untuk mengetahui tentang anak lelakinya itu.

MH faham, mereka semua teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah anak selebriti kesayangan mereka.

Tetapi mungkin, Amyra dan Ammar tunggu masa yang paling sesuai untuk kongsikan segala tentang anaknya.

Okay chill, nah #MHBelanjaGambar teaser anak Amyra dan Ammar…

 

IKLAN