Sudah 16 Hari Berlalu, Pusara Arwah Abam Masih ‘Basah’, Fad Bocey Teringat Kenangan…. “Makin Tebal Rindu Ni.”

Share

Lebih dua minggu sudah berlalu, namun pusara Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam masih ‘basah’ sehingga hari ini kerana tetamu tidak putus-putus menziarahi pusara arwah.

Dalam pada itu, Fad turut menziarahi pusara sahabatnya itu yang pernah sama-sama menganggotai kumpulan Bocey.

“Sempat melawat sahabat sy Allahyarham Syed Umar Mokhtar, Alhamdulillah sampai2 basah je pusara kau, yg datang pon tak putus2.

“Tiap kali aku datang sini automatik flashback semua kenangan kite, aku ingat makin jauh hari berganti hari bole jd makin ok, tp makin tebal rindu ni bam..Al Fatihah😔 #kitabaikramaisayang #hatiinihanyarindu,” tulisnya.

Terdahulu, Abam, 32, meninggal dunia dipercayai akibat demam panas.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey,8 bulan.

Dalam perkembangan lain, majlis bacaan Yassin dan tahlil akan diadakan pada 27 Februari ini (Khamis) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Fad Bocey

IKLAN