“Such A Lucky Girl In The World…”- Nora Danish Kongsi Gambar Makan Malam, Netizen Puji Nedim

Share

Terbaru pelakon dan usahawan, Nora Danish telah memuat naik beberapa keeping gambar di akaun Instagram saat menikmati makan malam bersama suaminya, Nedim Nazri atau gemar dikenali sebagai ‘Boss Ned’ sempena ‘Hari Kekasih’ semalam.

Hadir mengenakan persalinan serba merah biji saga, Nora tampak cukup menawan.

“Our first dinner date since 2016 hahah. Missing the rest of the crew. Thank u sayang for the lovely dinner & de gorgeous roses. Wifey is so happy.

“I love u my Jannah. #neno #nenostory”tulisnya.

Selain menikmati hidangan, bintang filem Bencinta itu juga turut dihadiahkan dengan sejambak bunga ros merah.

Rata-rata netizen turut gembira dan memuji kemesraan Nora bersama suaminya.

Bukan itu sahaja, netizen turut merasakan Nora seorang yang wanita bertuah kerana memilik suami yang penyayang dan romantik.

Terdahulu, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata Mohamed Neqayl Nedim.

Foto : Instagram Nora Danish

IKLAN