Mungkin ada segelintir pihak yang tidak mengenali pelakon cantik, Ardell Aryana namun Ardell sebenarnya kerap juga muncul dalam drama di kaca TV korang.

Nama Ardell mula dikenali menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia dengan memegang watak Farhana iaitu adik kepada Ahmad Ziyad yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya.

Tapi kali ini bukan soal kerjaya Ardell sebagai pelakon yang MH nak kongsikan dengan korang semua. Sekarang ini MH lihat Ardell semakin bertambah cantik dan manis selepas mengenakan hijab malah rata-rata netizen juga memuji kecantikan Ardell.

Ok jom MH belanja korang gambar manis Ardell berhijab confirm ramai yang sejuk hati lepas tengok pelakon comel ini.

IKLAN

IKLAN

Tak dapat dinafikan memang terserlah keayuan pelakon ini. Jom kita baca pula antara komen-komen netizen tentang imej baru Ardell.

Umi Umairah: Subhanallah..cantiknye

AreYu Ayu: Comey dia ni.. pkai tdung lg comey

Ain Ejan: Waw…cantik …alhmdulillah trus kn niat tu jgn jdi sbalik nye ..klo kite iklas memakai nye allah akan bgi kte ganjaran nye …kuat dn sbar dgn kecaman org2..?

IKLAN

Surayah Ismail: Orang kalau dah cantik pakai tudung lsgi cantik dan manis…..??

Lucu juga MH melihat ada segelintir kaum lelaki yang berseloroh tulang rusuk mereka bergetar selepas melihat keayuan Ardell.

Genji Pablo: Lawa nya lah..hbs bergetar bdn aku tgk..adakah ini cinta?

Haziq Naim: bergetar tulang rusuk ni..

MH doakan agar Ardell terus istiqamah dalam hijrahnya ini dan menjadi contoh ikutan gadis-gadis di luar sana untuk berhijab.

Sumber Gambar: Instagram Ardell Aryana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI