
Gelombang solidariti terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terus bergema di media sosial selepas rejim Isr@el bertindak menyekat kapal konvoi bantuan ke G@za.
Antara selebriti tanah air yang kerap bersuara mengenai perkembangan terbabit termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Tiz Zaqyah dan ramai lagi yang masing-masing menegaskan pentingnya masyarakat antarabangsa mengetahui kebenaran tentang misi GSF.
Mereka pada masa sama turut menyeru agar rakyat Malaysia tidak berhenti berkongsi kesedaran mengenai perjuangan rakyat P@lestin, selain memperkuatkan doa untuk keselamatan semua aktivis dan sukarelawan yang menyertai misi ini.
Malah menerusi platform X dan Instagram, tanda pagar #FreePalestine dan #SaveGSF turut menjadi, menggambarkan betapa kuatnya solidariti rakyat Malaysia bersama perjuangan umat Islam di sana.
Doktor Terkilan, Seru Teruskan Doa
GLOBAL Sumud Flotilla (GSF) ialah misi kemanusiaan dan inisiatif antarabangsa menghimpunkan doktor, aktivis, sukarelawan, ahli politik dan masyarakat, demi menyampaikan bantuan kepada lokasi sasaran.
Namun, tindakan rej!m Isr@el yang memintas konvoi kemanusiaan GSF ke Gaz@ terus mendapat kecaman rakyat Malaysia, termasuk doktor-doktor perubatan yang menzahirkan solidariti bersama aktivis terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan menyeru rakyat Malaysia untuk terus berdoa demi keselamatan semua aktivis GSF termasuk para doktor yang menyertai misi kemanusiaan itu.
“Sebagai doktor, saya mengagumi semangat perjuangan para doktor yang menyertai misi GSF demi memberi bantuan ubat-ubatan dan rawatan perubatan kepada rakyat Gaz@.
“Namun, rasa hancur luluh hati apabila membaca laporan media serta media sosial apabila ada pihak yang dipercayai menghalang misi mulia itu. Sedangkan kita tahu, secara terang-terangan ini adalah misi kemanusiaan.
“Tindakan tersebut tidak berperikemanusiaan dan jelas melanggar prinsip hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa. Orang nak datang tolong pun kena sekat. Ini sekaligus menafikan hak rakyat P@lestin untuk menerima bantuan kemanusiaan,” katanya.
Dalam masa yang sama, Dr Afif menyeru agar rakyat Malaysia terus berdoa demi keselamatan semua aktivis dan berjaya menyampaikan bantuan kepada penduduk G@za.
“Mereka berjihad di jalan Allah, kita di sini teruskan berdoa dan solat hajat agar para aktivis termasuk doktor-doktor selamat dan sentiasa dalam lindunganNya.
“Sebarkan, kongsikan dan ceritakan sebanyak mungkin tentang GSF dalam media sosial agar satu dunia tahu ini adalah misi kemanusiaan dan bukannya satu bentuk provokasi yang didakwa pihak rej!m Isr@el.
“Bukan itu sahaja, kita semua perlu bersatu dalam hal ini. Saya tahu, anda di luar sana melakukan pelbagai cara terutamanya menerusi media sosial untuk terus menyebarkan apa sahaja mengenai GSF dan P@lestin.
“Masing-masing ada cara atau strategi untuk tularkan video atau mesej berkaitan apa yang kita perjuangkan sekarang. Mereka saudara kita, kalau bukan kita, siapa lagi?
“Dalam masa yang sama, abaikanlah komen-komen negatif netizen yang guna kesempatan ini untuk meraih perhatian. Jangan dilayan,” tambahnya lagi.
@mediahiburanofficial “Boikot kita teruskan, protes dan suarakan hasrat kita… tapi kita meminta hanya pada Dia☝🏽In every sujood, in every prayer. “Semoga Allah pelihara kita dari segala fitnah dajjal. Cmon my brothers, diorang berkorban nyawa, naik bot nak ke Gaz@. “Together We UNITE and put our doa and effort at the masjid. INSYA-ALLAH #GengSubuhMacamJumaat AL KAHF MODE ON.” 🎥 [IG; alifsatar] #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




