Pembaca berita TV3, Izwan Azir Saleh mengejutkan ramai apabila meletakkan jawatan sebagai penyampai berita pada Isnin, secara langsung sejurus selesai menunaikan komitmen terakhirnya di Buletin Utama.

Meski sebelum ini terdengar desas-desus berkenaan pengundurannya di stesen televisyen swasta itu, namun ia masih belum sahih sehinggalah Izwan sendiri membuat mengumuman tersebut.

Sementara itu, Izwan menerusi Instagram berkongsi, setelah 16 tahun dia cuba menutup kemas perjalanannya yang panjang di stesen tv itu bagi menerokai dunia yang lebih luar selepas ini. Katanya juga, yang bermula pasti akan berakhir.

“Yang bermula, pasti akan berakhir. Setelah 16 tahun, malam ini saya menutup kemas perjalanan panjang di TV3 untuk menerokai dunia yang luas diluar sana. Sri Pentas yang saya sudah anggap sebagai ‘rumah kedua’ kini saya tinggalkan dengan 1001 kenangan penuh suka duka.

 

“Saya tidak membawa apapun dari sana kecuali rasa puas hati kerana telah berpeluang merasai setiap sudut dalam dunia penyiaran selama tempoh itu. Dan saya bawa pulang hubungan persaudaraan & persahabatan dengan semua warga TV3, Media Prima dan itu akan kekal untuk selama-lamanya. Terima kasih kepada anda yang telah menonton saya sejak 2002

Tulisnya lagi, terlalu banyak nama perseorangan yang mahu disebutnya sebagai tanda penghargaan sokongan.

IKLAN

“Terlalu banyak nama jika saya harus mengucapkan penghargaan satu persatu tetapi tanpa sokongan semua, siapalah saya. Saya percaya apabila kita menutup satu pintu dengan baik, Allah akan buka seribu lagi pintu buat kita.

 

“Terima kasih Malaysia, saya Izwan Azir Saleh, sehingga dilain ketika, Assalamualaikum dan Selamat Malam,” kongsi Izwan sambil melengkapkan kapsyen dengan tanda palang #izwanazirsalehresign #itsnottheend #newbeginning dan #terimakasih.

Serentak dengan posting tersebut, Instagram miliknya menerima limpahan dedikasi ucapan tahniah dan terima kasih atas hasil kerjanya sebagai wartawan penyiaran daripada netizen.

“Suara Mahal Selepas Mahadzir Lokman,” – Penyampai Berita, Izwan Azir Letak Jawatan Secara Live di Buletin Utama

IKLAN

“Suara Mahal Selepas Mahadzir Lokman,” – Penyampai Berita, Izwan Azir Letak Jawatan Secara Live di Buletin Utama

IKLAN

Difahamkan, Izwan telah pun meletakkan jawatan Jumaat lalu.

Foto: Instagram Izwan Azir Saleh

https://www.instagram.com/p/BkvS9-2APyF/?hl=en&taken-by=izwanazirsaleh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI