Setiap pasangan suami isteri pastinya teruja untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga lebih-lebih lagi jika ianya merupakan anak pertama.

Itulah yang dirasakan oleh pasangan suami isteri yang merupakan pelakon, Ezzaty Abdullah dan pelakon, Azwan Kombos.

Ezzaty memberitahu kepada satu sumber, suaminya adalah orang yang paling teruja apabila mendapat tahu jantina bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan.

IKLAN

“Suami insan paling gembira dan teruja apabila doktor mengesahkan jantina bayi kami. Dia sememangnya mahukan anak perempuan.

 

“Setiap hari kami akan keluar membeli barang keperluan bayi. Banyak juga yang dibeli, itu belum lagi campur yang diberi keluarga, rakan dan peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ezzaty lagi, kali pertama dia melakukan imbasan adalah ketika kandungannya berusia lima bulan namun selepas tiga kali membuat imbasan barulah dia dan suami bersedia untuk berkongsi jantina bayi mereka.

IKLAN

Pelakon cantik ini dijangka besalin pada bulan Disember ini dan berharap peminat-peminatnya sentiasa mendoakan untuk diberi kesihatan yang baik buat dirinya dan kandungannya.

IKLAN

Tambah Ezzaty lagi, walaupuin bayinya belum lagi dilahirkan namun dia sudha mempunyai akaun Instagram sendiri dengan nama @aeffection.jr dan mempunyai 5,000 orang pengikut buat masa ini.

Semoga Ezzaty dan bayi sihat dan segala urusan untuk bersalin nanti dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI