Suami Shakilla Khoriri, Fizi Ali Berhenti Hisap Rokok Lebih 17 Tahun Lalu Demi Anak

Share

Penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan dirinya sudah pun berhenti merokok secara drastik lebih lima bulan lalu atas kesedaran terhadap kebersihan apabila menjaga anaknya, Ameena Sofia, 4 bulan.

Malah katanya kepada MH, dirinya mulai sedar akan kepentingan berhenti merokok selepas rasa leceh perlu bersihkan diri setiap kali mahu memangku pertama hatinya itu.

“Saya mula hisap rokok pada usia 13 tahun. Boleh dikatakan sejak itu purata saya hisap rokok sampai boleh habiskan sekotak setengah sehari.

“Memang agak teruk dan ketagih waktu tu. Akan tetapi apabila sudah kian matang malah bila sudah ada keluarga sendiri ni, ia secara perlahan-lahan tabiat berkenaan sudah boleh dikikis.

“Malah kalau nak dukung anak pun, tangan masih bau rokok. Kena cuci bersih-bersih sebelum belai anak, jadi hal tersebut buatkan saya rasa leceh,” dedah Fizi.

Ditanya apa caranya dalam mengikis tabiat merokok, suami kepada pelakon Shakilla Khoriri ini mengakui dia mulai mendapatkan produk alternatif berhenti merokok, NCIG selepas diperkenalkan rakan.

“Ada dua sebab yang buatkan saya mampu untuk berhenti hisap rokok iaitu NCIG dan kesedaran bila sudah ada anak.

“Kalau nak diikutkan sewaktu anak baru lahir, saya kerap merokok akan tetapi bila setiap kali nak pegang dia saya kena mandi.

“Jadi sejak itulah saya cuba alternatif lain sehingga saya bertemu dengan NCIG. Kiranya ia berjaya buatkan saya berhenti merokok,” jelasnya lagi.

Terdahulu Fizi ditemui media pada majlis pelancaran cawangan kedua produk berkenaan di Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Turut sama meraikan majlis pembukaan termasuk Amer Forteen, pelakon Iswan Ismail, Joe Flizzow dan Sharnaaz Ahmad.

​​​​​​Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran NPOD perisa terbaru, Roast Coffee yang menyertai siri NPOD sebelum ini iaitu Fine Tobacco, Lush Manggo, Red Vanilla, Cool mint, Buttery Toffee dan juga Grape Noir.

Ketua PegawaiEksekutif NCIG, Shariffuddin Bujang berkata, pembukaan cawangan terbaru itu dinanti-nantikan dan NCIG menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan lagi selepas ini.

Tahun ini, kami bakal membuka tiga lagi buahcawangan baru di Lembah Kelang, Pantai Timur, dan Wilayah Selatan, untuk kemudahan agen, pengedar dan pelanggan kami,” jelasnya.

Sementara itu, Shariffuddin turut memberitahu mengenai

 pakej Special Edition terhad bernilai RM300 dengan harga promosi RM180, khusus sebagai hadiah untuk orang tersayang yang ketagihan rokok bersempena bulan kemerdekaan.

Dalam perkembangan lain, Fizi kini sedang dalam perbincangan untuk mengacarakan sebuah program televisyen terbaru.

“Ada beberapa projek yang masih di peringkat perbincangan. Cumanya saya masih belum boleh untuk perincikan mengenai perkara tersebut.

“InsyaAllah kalau semuanya berjalan lancar saya mungkin akan muncul menerusi sebuah program berbentuk masakan.

“Cuma tak berani lagi untuk kongsinya lagi,” katanya yang sebelum ini pernah membuka gerai makanan sendiri.

IKLAN